Kesan adaptasi Model Polya dalam pembelajaran algoritma pengaturcaraan terhadap pencapaian pelajar di Kolej Matrikulasi

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan adaptasi Model Polya dalampembelajaran algoritma pengaturcaraan terhadap pencapaian pelajar di KolejMatrikulasi. Berdasarkan tinjauan literatur, penguasaan kemahiran penyelesaian masalahyang lemah dalam pengaturcaraan menyebabkan pelajar sukar mendapat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zafirah Mohd Adnan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6713
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan adaptasi Model Polya dalampembelajaran algoritma pengaturcaraan terhadap pencapaian pelajar di KolejMatrikulasi. Berdasarkan tinjauan literatur, penguasaan kemahiran penyelesaian masalahyang lemah dalam pengaturcaraan menyebabkan pelajar sukar mendapatkan keputusan yang baik dalamsubjek Sains Komputer. Oleh itu, satu kajian kuasi eksperimen dengan ujian pra danujian pasca telah dilaksanakan untuk menilai pencapaian pelajar. Sampel kajian terdiridaripada 30 orang pelajar daripada jurusan Sains Modul Dua, Program Satu Tahun di salah sebuahKolej Matrikulasi menggunakan kaedah persampelan rawak. Intervensi dilaksanakan selama tujuh mingguterhadap dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan untuk menjawabsoalan ujian pra, dan proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) pembinaan algoritma pengaturcarandijalankan. Bagi kumpulan kawalan, pensyarah menggunakan kaedah tradisional dalam prosespdp manakala bagi kumpulan rawatan, pensyarah menggunakan adaptasi Model Polya.Seterusnya soalan ujian pasca diberikan selepas proses pdp berlangsung. Instrumen kajian yangdigunakan adalah ujian pra dan ujian pasca yang terdiri daripada enam soalan subjektif dandata dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22. Statistikdeskriptif iaitu min, peratus, kekerapan, sisihan piawai serta statistik inferens iaitu ujian ttelah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif. Keputusan ujian t menunjukkan terdapatperbezaan min yang signifikan antara pencapaian ujian pasca kumpulan rawatan berbandingpencapaian kumpulan kawalan (t (28) = -6.39, p = 0.00, p <0.05). Ini menunjukkan kaedah adaptasiModel Polya dalam pembelajaran algoritma pengaturcaraan adalah berkesan dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawaadaptasi Model Polya sebagai satu alternatif dalam proses pembelajaran dan pengajaran algoritma khususnya dalam penyelesaian masalah pengaturcaraan.