Gaya asuhan ibu bapa dan tingkah laku devian serta pengaruhnya ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya

Kajian ini bertujuan mengukur pengaruh jenis gaya asuhan ibu bapa dan tingkah laku devian ke atasefikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan murid tingkatan empat di Daerah Maran,Pahang. Daeran Maran dipilih sebagai lokasi kajian kerana kebanyakan sekolah terletak di kawasanpinggir band...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Emy Nazira Embong
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6715
Tags: Add Tag
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengukur pengaruh jenis gaya asuhan ibu bapa dan tingkah laku devian ke atasefikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan murid tingkatan empat di Daerah Maran,Pahang. Daeran Maran dipilih sebagai lokasi kajian kerana kebanyakan sekolah terletak di kawasanpinggir bandar dan FELDA yang terdedah dengan cabaran pengaruh gejala sosial. Kajian inimenggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian ini telahdijalankan di tujuh buah sekolah menengah harian dengan melibatkan responden seramai 283orang murid yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah dalam kalangan sembilan buahsekolah tanpa asrama disekitar daerah Maran yang merupakan sekolah luar bandar. Instrument kajianyang digunakan adalah Paulsons Perception of Parenting Scale yang dibangunkanoleh Paulson, Delinquency Scale oleh Junger serta Career Decision Self-Efficacy Scale Short Form (CDSE-SF) oleh Betz et. al. Berdasarkan keputusan kajian, terdapat tiga gayayang diamalkan oleh ibu bapa iaitu gaya asuhan autoritarian, autoritatif dan permisif, namunbegitu gaya asuhan yang paling biasa diamalkan adalah autoritatif. Keputusan analisisregresi pelbagai pula menunjukkan peramal utama dan tertinggi bagi efikasi- kendiri membuatkeputusan kerjaya dalam kalangan murid ialah gaya asuhan autoritatif ( = .585) dansumbangannya sebanyak 34.2%. Kesimpulannya, mengamalkan gaya asuhan jenis autoritatif akanmempengaruhi efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya manakala tingkah laku devian puladilihat tidak mempengaruhi efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Implikasi kajian ini ialahmenyedarkan ibu bapa bahawa pentingnya gaya asuhan autoritatif dalamanak mereka untuk membuat keputusan kerjaya.