Peranan guru dalam pelaksanaan Program Vokasional Menengah Atas di sekolah menengah harian Daerah Manjung
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan penstrukturan semula dan menaik taraf Mata Pelajaran Vokasional (MPV) kepada Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) padatahun 2015. Guru-guru yang dilantik sebagai tenaga pengajar merupakan guru MPV dan juga guruKemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Kaj...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6717 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan penstrukturan semula dan menaik taraf Mata Pelajaran Vokasional (MPV) kepada Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) padatahun 2015. Guru-guru yang dilantik sebagai tenaga pengajar merupakan guru MPV dan juga guruKemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Kajian bertujuan untuk mengenalpasti peranan guru dalam prosespelaksanaan PVMA di sekolah menengah harian. Oleh kerana PVMA merupakan program baharu, kajian inijuga bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi guru dalam pelaksanaan PVMA di sekolah menengah harian. Kajian ini menjadikan teori Pengetahuan IsiKandungan Pedagogi (PIKP) Shulman sebagai dasar kajian. Kajian yang dijalankan merupakankajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes. Seramai tujuh orang guru PVMA di daerahManjung dipilih melalui persampelan bertujuan sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui temubual, pemerhatian dan meneliti dokumen. Hasil temubual dan pemerhatian yang dijalankan,penyelidik mendapati guru PVMA mempunyai pengetahuan matlamat PVMA, pengetahuan kurikulumPVMA, pengetahuan tentang pelajar, pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi. Guru PVMA juga mempunyai kemahiran mengajar, kemahiran pemudah cara, kemahiranteknologi maklumat dan kemahiran belajar. Hasil meneliti dokumen pula, penyelidikmendapati peruntukan kewangan PVMA masih menggunakan peruntukan kewangan MPV yang menjadikan masalah kewangan adalah masalah utama dalam pelaksanaan PVMA. Kajian juga mendapatiguru PVMA memainkan pelbagai peranan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaranPVMA dapat dilaksanakan walaupun terdapat masalah kewangan dan bengkel. Oleh itudisarankan agar peruntukan Bantuan Geran Per Kapita (PCG) PVMA dikaji semula dan bengkeldisediakan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) agarPVMA dapat berjalan dengan baik. Bersandarkan kepada dapatan kajian, guru perlu sentiasameningkatkan pengetahuan isi kandungan dan meningkatkan kemahiran amali untuk menjadikan pengajarandan pembelajaran PVMA lebih berkesan. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalampelaksanaan PVMA. Guru bukan sahaja perlu menguasai PIKP, tetapi guru juga perlu mempunyaikemahiran amali bagi membantu guru lebih berkeyakinanmengajar amali PVMA sekaligus menjadikan pengajaran lebih berkesan. |
---|