Aplikasi teknik Step-Pat-Clap-Role (SPCR) dalam ciptaan corak irama bagi murid tahun empat

Tujuan kajian ini adalah untuk menguji sejauh manakah teknik Step-Pat-Clap-Role(SPCR) dapat meningkatkan kemahiran mencipta corak irama mudah. Reka bentuk kajian ini ialah pradan pasca eksperimen yang melibatkan satu kumpulan sampel kajian sahaja. Teknik SPCR digunakansebagai bahan bantu mengajar da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lau, Yee Ting
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6718
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk menguji sejauh manakah teknik Step-Pat-Clap-Role(SPCR) dapat meningkatkan kemahiran mencipta corak irama mudah. Reka bentuk kajian ini ialah pradan pasca eksperimen yang melibatkan satu kumpulan sampel kajian sahaja. Teknik SPCR digunakansebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran. Empat pergerakan badan telah diperkenalkanmelalui teknik SPCR, iaitu pergerakan gelongsor kaki untuk not semibrif dan minim, tepuk peha untuknot krocet dan tepuk tangan untuk not kuaver. Responden kajian terdiri daripada 20 orangmurid Tahun Empat dari sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina terletak di Kuala Lumpur. Murid- muridini dipilih berdasarkan latar belakang muzik mereka dan pencapaian akademik yang sederhana disekolah. Instrumen digunakan untuk mengutip data kajian ialah ujian pra dan pasca, ujian amali danpemerhatian berstruktur. Kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan kesahan data triangulasi.Data ujian amali serta ujian pra dan pasca dianalisis menggunakan statistik deskriptif sepertifrekuensi dan min manakala data pemerhatian berstruktur dianalisis berdasarkan borangpemerhatian yang disediakan. Hasil kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistikdalam ujian pasca dengan menunjukkan peningkatan skor min 1.55 untuk corak irama satu dan tigaserta skor min 1.75 untuk corak irama dua setelah pelaksanaan aktiviti intervensikajian. Analisis ujian amali juga menunjukkan frekuensi yang tinggi untuk pencapaian murid, iaituseramai 14 orang mencapai tahap cemerlang, 6 orang mencapai tahap sederhana dan tiada yangmendapat tahap lemah. Data borang pemerhatian pula menunjukkan bahawa penggunaan teknik SPCRtelah meningkatkan minat dan motivasi murid dalam pembelajaran. Kesimpulannya, penggunaan teknik SPCR dapat meningkatkan kemahiran murid untuk mencipta corak irama mudah. Implikasikajian ini ialah teknik SPCR ini sesuai digunakan oleh guru muzik di sekolah untuk meningkatkanpengetahuan murid dalam tajuk corak irama.