Faktor kritikal kejayaan usahawan wanita atas talian di Daerah Perak Tengah dari perspektif pendidikan dan latihan keusahawanan

Pendidikan dan latihan keusahawanan yang diterima oleh usahawan sudah semestinyamenjadi pemangkin kepada kejayaan mereka. Hal ini demikian kerana golongan ini dilihatmemiliki nilai tambah berbanding individu yang tidak memiliki latar belakang pendidikan dan latihankeusahawanan. Oleh itu kajian ini d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sofiah Mohamad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6719
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan dan latihan keusahawanan yang diterima oleh usahawan sudah semestinyamenjadi pemangkin kepada kejayaan mereka. Hal ini demikian kerana golongan ini dilihatmemiliki nilai tambah berbanding individu yang tidak memiliki latar belakang pendidikan dan latihankeusahawanan. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk meneroka faktor-faktor kejayaan kritikal usahawanwanita Bumiputera di Daerah Perak Tengah yang terlibat dalam perniagaan atas talian terutamanyadaripada perspektif pendidikan dan latihan keusahawanan. Kajian ini turut menelusuricabaran-cabaran yang mereka hadapi sewaktu menjalankan perniagaan atas talian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemubual enam orang responden yang dipilih melaluikaedah persampelan bukan kebarangkalian dan bola salji (snowball). Responden yang dipilih mestilahseorang usahawan wanita, berniaga secara atas talian dan merupakan permastautin tetap di daerahtersebut. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan pendekatan Analisis Tematik yang telahdigunapakai oleh Braun dan Clarke (2013). Dapatan kajian ini menunjukkan pendidikan danlatihan keusahawanan bukanlah faktor utama kejayaan usahawan wanita atas talian di daerahPerak Tengah tetapi hubungan atau jaringan yang baik, produk berkualiti dan motivasipenetuan kendiri untuk menjana lebih pendapatan dilihat lebih dominan. Secara kesimpulanya, pendidikan dan latihan keusahawanan hari ini perlu diberi perhatian dan diperkasakankerana ianya merupakan komponen penting dalam melahirkan usahawan yang kreatif dan inovatif sertaberdaya saing. Oleh itu kajian ini diharapkan dapat membantu pihak yang berkaitan seperti pihak Kerajaan Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sertaKementerian Pendidikan Malaysia dalam merangka strategi untuk membantu rakyat negara inimenjadi usahawan yang berfikiran global.