Kajian kearifan perubatan tradisional dalam peribahasa tamil berdasarkan teks Palamoli Akarati

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kearifan perubatan tradisional dalamperibahasa Tamil berdasarkan teks Pa?amo?i Akar?ti oleh Anavarathanayakam Pillai. Teks ini dipilihkerana ia merupakan teks koleksi peribahasa yang lengkap yang mengandungi 10,760 peribahasa.Kearifan perubatan tradision...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Parameswary Sangkaran
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6720
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kearifan perubatan tradisional dalamperibahasa Tamil berdasarkan teks Pa?amo?i Akar?ti oleh Anavarathanayakam Pillai. Teks ini dipilihkerana ia merupakan teks koleksi peribahasa yang lengkap yang mengandungi 10,760 peribahasa.Kearifan perubatan tradisional dalam peribahasa merujuk kepada pengetahuan perubatantradisional yang diintegrasi ke dalam peribahasa. Teori relevan oleh Sperber dan Wilson digunakandalam kajian ini untuk menerangkan kerelevanan perubatan tradisional yang muncul dalam peribahasaTamil. Teori ini terdiri daripada tiga gagasan utama, iaitu konteks, kesan konteks dan kosmemproses. Mengikut teori tersebut, aspek konteks melihat kepada penentuan kandungan atauerti peribahasa berunsur perubatan. Kesan konteks pula menghuraikan proses pemahaman maklumatsesuatu ujaran peribahasa Tamil. Manakala kos memproses pula melihat sejauhmana prosesmencakna maklumat memudahkan pengguna memahami sesuatu peribahasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara deskriptif berdasarkan analisis teks peribahasa Tamil.Data kajian ini dikumpul melalui analisis dokumen, iaitu teks Pa?amo?i Akar?ti. Dapatan kajiandianalisis secara tematik, dan menunjukkan bahawa terdapat 51 peribahasa Tamil berunsur perubatandalam teks Pa?amo?i Akar?ti. Dapatan kajian juga mendapati terdapat enam tema perubatan tradisionalyang dikenal pasti daripada teks peribahasa Pa?amo?i Akar?ti, iaitu pengajaran atau pedomanhidup, jenis ubat, kesihatan diri, penyakit, psikologi dan pembedahan. Berdasarkananalisis teks didapati bahawa kearifan perubatan tradisional masyarakat Tamil adalahberasaskan kepada konsep, idea, teguran, nasihat, pengajaran dan pengalaman hidup masyarakat Tamil.Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan bahawa pengetahuan kearifan perubatantradisional yang dirakamkan dalam peribahasa Tamil berfungsi sebagai pedoman kepada masyarakat Tamil dalam mengadaptasi persekitaran, memilih makanan, mengamalkan pemakanan yangbaik serta menguruskan kesihatan demi kesejahteraan hidup. Implikasinya, peribahasa Tamildapat dijadikan pedoman dan sumber rujukan terutamanya kepada masyarakat Tamil dalamkontekskearifan perubatan tradisional demi mencapai kesejahteraan hidup.