Pembinaan dan penilaian keberkesanan multimedia interaktif tajuk redoks bagi pelajar sekolah menengah di Palembang Indonesia

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai kesan multimedia interaktif untuktajuk redoks dalam dalam pelajaran kimia sekolah menengah tingkat sepuluh. Kajian ini dijalankanmelalui dua fasa, iaitu fasa pembinaan MIR dan fasa ujian MIR. Pembinaan MIR mengikutimodel ADDIE dan diubahsuai dengan asas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Luhun, Muhammad Hadeli
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6726
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai kesan multimedia interaktif untuktajuk redoks dalam dalam pelajaran kimia sekolah menengah tingkat sepuluh. Kajian ini dijalankanmelalui dua fasa, iaitu fasa pembinaan MIR dan fasa ujian MIR. Pembinaan MIR mengikutimodel ADDIE dan diubahsuai dengan asas penilaian Tessmer, manakala Ujian MIR dijalankanmelalui percubaan kuasi. Pembinaan MIR adalah untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan,manakala ujian MIR digunakan untuk menilai hubungan, pengaruh MIR terhadap minat dan sikap danhubungannya dengan pencapaian. Analisis data menggunakan statistik inferens dan disokong olehstatistik deskriptif kualitatif. Pembinaan MIR menggunakan statistik Cohen,s Kappa dan Crobachh,sAlpha, untuk ujian MIR menggunakan statistik ujian-t, korelasi berganda dan regresiberganda. Kajian pakar mendapati bahawa nilai sig hitung r jadual berarti kebolehpercayaan adalah signifikan. Analisis ujian-t mendapati bahawa terdapat perbezaanyang signifikan dalam pencapaian, minat dan sikap antara kumpulan kawalan dan rawatan. Ujiankorelasi berganda mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian, minat dan sikap.Ujian regresi barganda mendapati bahawa minat dalam MIR mempunyai kesan yang signifikanterhadap pencapaian pasca pelajar, minat terhadap bahan redoks tidak memberi kesan kepadapencapaian pelajar dan sikap pada MIR mempunyai kesan yang signifikan terhadap pencapaianpelajar. Kesimpulan dari hasil analisis MIR yang digunakan dalam proses pdpc pada bahan pengajaranredoks dapat meningkatkan minat pelajar dan sikap positif yang membawa kepada peningkatanpencapaian pelajar. Implikasi kajian daripada hasil penyelidikan iaitu reka bentuk inovasiuntuk pdpc dengan menggunakanmultimedia interaktif untuk tajuk bahan kimia lain.