Kesediaan afektif, kognitif dan psikomotor guru penasihat terhadap amalan pengurusan kokurikulum di sekolah kebangsaan daerah hilir Perak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kesediaan afektif, kognitif danpsikomotor guru penasihat terhadap amalan pengurusan kokurikulum di sekolah kebangsaan diDaerah Hilir Perak. Pendekatan kajian ini berbentuk kuantitatif di mana sampel kajianmelibatkan 280 orang guru penasihat di sekol...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nurul Hafizah Ahmad
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6730
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kesediaan afektif, kognitif danpsikomotor guru penasihat terhadap amalan pengurusan kokurikulum di sekolah kebangsaan diDaerah Hilir Perak. Pendekatan kajian ini berbentuk kuantitatif di mana sampel kajianmelibatkan 280 orang guru penasihat di sekolah kebangsaan di Daerah Hilir Perak. Kajian inimenggunakan pendekatan korelasi untuk mengenal pasti hubungan di antara pemboleh ubah bebas danpemboleh ubah bersandar dalam kajian. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dananalisis inferensi iaitu analisis korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubunganyang signifikan antara kesediaan afektif, kognitif dan psikomotor guru penasihat terhadap amalanpengurusan kokurikulum di sekolah. Namun begitu, kesediaan afektif guru penasihat terhadapamalan pengurusan kokurikulum di sekolah mempunyai hubungan yang sangat lemah. Sementara,kesediaan kognitif guru penasihat terhadap amalan pengurusan kokurikulum di sekolah adalahsederhana. Selain itu, hubungan antara kesediaan psikomotor guru penasihat terhadapamalan pengurusan kokurikulum di sekolah adalah lemah. Sehubungan itu, semua pihak sepertiKementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah dan guru penasihat perlu mengambil inisiatifyang lebih berkesan agar kesediaan afektif, kognitif dan psikomotor guru penasihatterhadap amalan pengurusan kokurikulum dapat dipertingkatkan. Kesediaan afektif, kognitifdan psikomotor guru penasihat adalah penting bagi memastikan amalan pengurusankokurikulum di sekolah dapat dikendali dan diuruskan dengan baik dan berkesan.