Sumbangan Tamil Muslim kepada perkembangan kesusasteraan Tamil Malaysia: kajian terhadap puisi-puisi Tamil tradisional terpilih Mydee Sulthan dan S. Seeni Naini Mohamed

Kajian ini bertujuan untuk meneliti bentuk sumbangan Tamil Muslim dalam perkembangankesusasteraan Tamil Malaysia; menganalisis unsur-unsur Islam dan budaya Tamil dalam puisi- puisiTamil tradisional yang dihasilkan oleh Mydee Sulthan dan S. Seeni Naina Mohamed. Kaedahkualitatif iaitu kaedah kepustaka...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: G Manivannan Govindan
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6734
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk meneliti bentuk sumbangan Tamil Muslim dalam perkembangankesusasteraan Tamil Malaysia; menganalisis unsur-unsur Islam dan budaya Tamil dalam puisi- puisiTamil tradisional yang dihasilkan oleh Mydee Sulthan dan S. Seeni Naina Mohamed. Kaedahkualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan analisis dokumen serta teori sejarah yangdipelopori oleh Hyppolite Taine telah digunakan dalam kajian ini. Puisi-puisi terpilih daripadakoleksi T?? K??u yang dihasilkan oleh S. Seeni Naina Mohamed dan Ara?kak Kavitaika? yang dihasilkanoleh Mydee Sulthan telah digunakan sebagai sumber utama kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, Tamil Muslim telah memberi sumbangan dalam bidang percetakanakhbar dan majalah serta penulisan puisi, cerpen dan novel untuk perkembangan kesusasteraan TamilMalaysia. Unsur-unsur Islam seperti sejarah Islam, kepimpinan Nabi Muhammad SAW danrukun-rukun Islam telah dipaparkan dalam puisi-puisi Tamil tradisional karya Mydee Sulthan.Unsur-unsur budaya Tamil seperti bahasa, kesusasteraan dan kesenian Tamil dapat dilihat dalampuisi-puisi Tamil tradisional karya S. Seeni Naina Mohamed. Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa Tamil Muslim telah memberi sumbangan dalam bidang percetakan dan penulisan karya kesusasteraan Tamil serta menggunakan unsur-unsuragama Islam dan budaya Tamil sebagai identiti bangsa Tamil Muslim dalam menghasilkanpuisi-puisi Tamil tradisional Malaysia. Implikasinya, kajian ini akan membuka minda generasimuda dalam kalangan Tamil Muslim untuk meneruskansumbangan ini demi memastikan kesusasteraan Tamil Malaysia terus berkembang.