Perkongsian pengetahuan secara kolaboratif dalam kalangan guru mata pelajaran pengurusan di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang, Johor

Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka cara-cara, konflik dan tindakanperkongsian pengetahuan secara kolaboratif dalam kalangan guru mata pelajaranpengurusan di Sekolah Menengah Kebangsaan, Daerah Pasir Gudang, Johor. Kaedah persampelanbertujuan digunakan yang meliputi guru mata pelajaran Ek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zuraiha Mustaffa
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6735
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka cara-cara, konflik dan tindakanperkongsian pengetahuan secara kolaboratif dalam kalangan guru mata pelajaranpengurusan di Sekolah Menengah Kebangsaan, Daerah Pasir Gudang, Johor. Kaedah persampelanbertujuan digunakan yang meliputi guru mata pelajaran Ekonomi, Prinsip Akaun dan Perniagaan.Pengumpulan data kajian adalah melalui temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Datakajian dianalisis dengan kaedah analisis kandungan dan kaedah perbandingan konstan. Dapatan kajian menunjukkan cara-cara perkongsian pengetahuan secara kolaboratif dalam kalanganguru mata pelajaran pengurusan di sekolah-sekolah kajian adalah hampir sama dari segi jenispengetahuan, lokasi, bahan-bahan yang dibawa dan kekerapan perkongsian pengetahuan diadakan samaada secara formal atau tidak formal. Konflik paling ketara yang dihadapi oleh guru-guru matapelajaran pengurusan ialah percanggahan pendapat dan masa. Lain-lain konflik ialah sokonganrakan sejawatan dan sokongan kepimpinan. Tindakan yang diambil hasil daripada perkongsianpengetahuan secara kolaboratif adalah mengikut kesesuaian masalah, masa, dan tempatpelaksanaannya. Tindakan bermula daripada Ketua Panitia diikuti oleh Ahli panitia di manaisu utama disiplin dan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan ke atas pelajar-pelajardalam usaha penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Sokongan pentadbir dalammeningkatkan amalan kolaborasi guru adalah amat penting dengan memastikan guru mempunyaikemahiran mendengar, bertindak balas dengan baik, mampu menyelesaikan dan membuat keputusan bagimasalah yang kompleks, kolaborasi merentas budaya dan kolaborasi maya dijadikan medium perkongsianpengetahuan untuk menjimatkan masa perjumpaan bersemuka.