Peramalan data siri masa aras air sungai di kawasan berkepentingan Malaysia menggunakan pendekatan kalut

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kehadiran telatah kalut dan meramal data sirimasa aras air sungai di kawasan yang berkepentingan di Malaysia denganmenggunakan pendekatan kalut. Kajian ini merangkumi tiga objektif utama iaitu mengenalpasti kehadiran telatah kalut pada aras air sungai, meram...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Adib Mashuri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6746
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kehadiran telatah kalut dan meramal data sirimasa aras air sungai di kawasan yang berkepentingan di Malaysia denganmenggunakan pendekatan kalut. Kajian ini merangkumi tiga objektif utama iaitu mengenalpasti kehadiran telatah kalut pada aras air sungai, meramal aras air sungai menggunakan pendekatankalut dan menambahbaik kaedah peramalan purata setempat (kpps) untuk peramalan aras air sungaidi kawasan berkepentingan di Malaysia. Kawasan berkepentingan di Malaysia diperincikan kepadadua kawasan iaitu kawasan tadahan sungai yang berbeza ketinggian tanah dan kawasan dataran banjir.Tiga batang sungai telah dipilih untuk memenuhi objektif kajian iaitu kawasan tadahan sungai yangberbeza ketinggian tanah adalah di Sungai Pahang yang melibatkan kawasan tanah rendah(skala masa jam) dan tanah tinggi (skala masa harian). Manakala kawasan dataran banjiradalah di Sungai Kelantan (skala masa jam) dan Sungai Dungun (skala masa jam). Dapatan kajianbagi objektif pertama membuktikan telatah kalut hadir terhadap data siri masa aras airsungai yang dikaji menggunakan kaedah Cao menunjukkan sekurang-kurangnya satu nilai E2(d) 1manakala kaedah plot ruang fasa pula menunjukkan wujud rantau penarik pada ruang fasa. Hasildapatan objektif kedua menunjukkan data siri masa aras sungai memberikan peramalan yang sangatcemerlang (pekali korelasi, CC >0.99) menggunakan kombinasi kaedah kpps dan d songsangberbanding kaedah lain dalam kajian ini. Kaedah penambahbaikan kpps dapatmemberikan peramalan yang lebih baik berbanding kaedah kpps kerana kaedah penambahbaikankpps dapat memberikan nilai pekali korelasi yang lebih tinggi. Kesimpulannya, pendekatankalut berjaya meramal siri masa aras air sungai di kawasan berkepentingan di Malaysia. Implikasikajian ini dapat menyumbangkan maklumat aras sungai kepada pihak yang berkenaan bagipengurusan sumber air dan pengawalanbanjir.