Menilai kreativiti dalam lukisan murid Autisme Spectrum Disorder berdasarkan Torrance Test of Creative Thinking

Kajian ini bertujuan untuk menilai kreativiti dalam lukisan murid Autisme Spectrum Disorder (ASD) berdasarkan Torrance Test of Creative Thinking. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif iaitu reka bentuk kajian kes. Teori PerkembanganKanak-Kanak dan Teori Kreativiti Torrance digunakan dalam k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fauziah Awang
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6747
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai kreativiti dalam lukisan murid Autisme Spectrum Disorder (ASD) berdasarkan Torrance Test of Creative Thinking. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif iaitu reka bentuk kajian kes. Teori PerkembanganKanak-Kanak dan Teori Kreativiti Torrance digunakan dalam kajian ini yang memfokuskan kepada perkembangan kognitif dan juga kreativiti kanak- kanak. Peserta kajian terdiridari tiga orang murid ASD yang berumur 11 tahun daripada Program Pendidikan KhasIntegrasi (PPKI) di Selangor, dan mereka telah dipilih secara persampelan bertujuan. Ujian Torrance Test of Creative Thinking (TTCT) digunakan untuk mengukur kreativiti muriddalam lukisan murid ASD. Aspek yang dinilai adalah keaslian, kelancaran, kelenturan danpenghuraian. Data kajian dikumpulkan melalui ujian TTCT dan juga temu bual. Indeks kreativitiTTCT menunjukkan aspek keaslian adalah 233, aspek kelancaran 500, aspek kelenturan 240 dan aspekpenghuraian 213. Dapatan kajian keseluruhan mendapati indeks kreativiti bagi aspek keaslian,kelenturan dan penghuraian bagi murid ASD berada pada tahap yang rendah dan aspek kelancaranpada tahap sederhana. Temu bual menunjukkan terdapat beberapa tema yang muncul iaitu keluargayang memberi sokongan melalui pembelian alatan mewarna dan melukis, dan juga melalui sokonganmoral. Selain itu, guru juga memberi sokongan melalui tunjukcara melukis, pembelajaranmengikut tahap keupayaan murid dan hasil akhir murid menjadi pendorong kepada kreativitimurid dalam lukisan. Tema lain yang muncul adalah rakan sebaya, minat dan emosi. Kesimpulannya,dapatan utama kajian menunjukkan kreativiti dalam lukisan murid ASD adalah rendah kecuali dalam aspek kelancaran. Namun data temu bual menunjukkan guru sebagaifaktor utama yang mempengaruhi kreativiti melukis murid ASD diikuti oleh faktorkeluarga, rakan sebaya, minat serta emosi murid.Implikasi kajian menunjukkan kreativiti murid ASD perlu dipertingkatkan dengan urid dalamlukisan dengan bantuan guru, keluarga dan rakan sebaya.