Pendekatan Guru Pendidikan Seni Visual mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pendekatan guru Pendidikan Seni Visual (PSV)mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).Kajian menilai tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru Pendidikan Seni Visual dalammengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam ba...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6753 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pendekatan guru Pendidikan Seni Visual (PSV)mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).Kajian menilai tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru Pendidikan Seni Visual dalammengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam bagi beberapa tajuk yang dipilih dalam sukatanmatapelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif. Kaedah kajian yangdigunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kaedah pemerhatian dilakukanke atas sesi pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Seni Visual dan sesi temu bualterhadap guru. Rekod Rancangan Mengajar Harian guru tersebut dan penghasilan seni pelajarmenjadi dokumen penting dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-gurumampu untuk mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam. Mereka juga dapat merancang danmelaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islamdengan baik, namun kurang menyeluruh dan terperinci. Hasil seni visual yang dihasilkan pelajardalam aktiviti PdP juga merangkumi elemen dan prinsip seni Islam secara kreatif dan menunjukkanminat pelajar. Proses adaptasi elemen dan prinsip seni Islam dalam pengajaran dan pembelajaran PSV,boleh direalisasikan dengan kesungguhan guru meningkatkan pengetahuan dan persediaan PdP yang baik.Dapatan kajian ini diharap mendapat perhatian pihak berkaitan untuk mengetengahkan pendekatan adaptasiseni Islam secara khusus dalam pengajaran dan pembelajaran PSV, seterusnya dapat melahirkanguru dan pelajar yang tahu berapresiasi terhadap hasil karya seni Islam. |
---|