Pengaruh empati terhadap sikap guru disiplin dalam pengurusan kes buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lumpur

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti pengaruh empati terhadap sikap gurudisiplin dalam pengurusan kes buli di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Kuala Lumpur yangmeliputi Daerah Keramat, Sentul dan Bangsar. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Seramai181 orang guru disiplin telah...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Muniswari P Ratnam
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2020
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6758
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti pengaruh empati terhadap sikap gurudisiplin dalam pengurusan kes buli di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Kuala Lumpur yangmeliputi Daerah Keramat, Sentul dan Bangsar. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Seramai181 orang guru disiplin telah dipilih sebagai responden daripada 22 buah sekolah yangdikategorikan sebagai Hot Spot Schools. Sampel kajian telah dipilih menggunakan kaedahpensampelan rawak berstrata. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal-selidik yangditadbir kepada guru disiplin. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensseperti peratus, min, sisihan piawai, korelasi Pearson dan regresi. Secara keseluruhannya,responden bersetuju (M = 3.84; SP = 0.55) bahawa mereka memiliki sifat empati dari aspek kognitif. Dari konteks afektifpula, responden agak bersetuju (M=3.55, SP = 0.68) bahawa mereka mempunyai perasaan simpatiterhadap pembuli. Kebanyakan guru disiplin (M = 3.98; SP = 0.53) menunjukkan sikap positif dan bertindak profesional dalam mengendalikan kes buli di sekolah menengah.Namun, masih terdapat responden (M=2.92; SP=0.83) yang tidak menerima pelajar tersebut.Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi sederhana diantara empati dan sikap guru disiplin (r = 0.392, p?0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan empati(=.392, p?0.05), mempengaruhi sikap guru disiplin dalam menangani kes buli.Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan guru disiplin percaya bahawa merekamemiliki sifat kognitif dan afektif dalam menangani kes buli. Faktor empati didapati mempengaruhisikap guru disiplin dalam menyelesaikan masalah buli. Implikasinya, dapatan kajian inidapat dijadikan garis panduan untuk melatih guru disiplin dalam mengendalikan kes bulidengan lebih cekap. Hasil kajian juga boleh dirujuk oleh pihak Jabatan Pendidikan danKementerian Pendidikan Malaysia untuk merangka peraturan antibuli, program intervensi sertalangkah-langkah keselamatan yang baharu bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat serta dapat meningkatkan bilangan guru disiplin yang berempati dari aspek kognitif dan afektif di Kuala Lumpur.