Pembinaan reka bentuk aktiviti bermain berdasarkan emosi dan imaginasi untuk peningkatan imaginasi-kreatif murid Tahap Satu

Kajian ini bertujuan untuk membina reka bentuk aktiviti bermain berdasarkan emosidan imaginasi untuk peningkatan daya imaginasi-kreatif murid Tahap Satu. Teori- teoriutama yang digunakan dalam kajian ini adalah teori kontruktivisme Vygotsky yang menekankanserta menggalakkan pemikiran kreatif melalui...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Aqilah Sahidan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6763
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina reka bentuk aktiviti bermain berdasarkan emosidan imaginasi untuk peningkatan daya imaginasi-kreatif murid Tahap Satu. Teori- teoriutama yang digunakan dalam kajian ini adalah teori kontruktivisme Vygotsky yang menekankanserta menggalakkan pemikiran kreatif melalui penyediaan aktiviti- aktiviti yang menyeronokkandan interaksi sosial. Teori pembelajaran imaginatif Kieran Egan menekankan kepada imaginasi yang bergantung kepada alat pembelajaran yang digunakan ketika PdPc. Kajianini menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah analisis meta, temu bual dan kaedah Fuzzy Delphi.Kaedah analisis meta dijalankan untuk mengumpul dan menyenaraikan aktiviti bermain yangbersumberkan kepada dapatan kajian lepas melalui pelbagai sumber seperti jurnal danartikel. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik dan protokol temu bual. Protokol temu bualdilaksanakan terhadap tiga orang responden yang terdiri daripada guru sekolah rendah yangberbeza bidang kepakaran mata pelajaran. Soalan temu bual yang digunakan telah mendapatkesahan kandungan daripada pakar bidang menerusi pekali Cohen Kappa (k) sebelum temu bual dijalankan. Kaedah Fuzzy Delphi pula dijalankan ke atas 25 orang pakar bidangpendidikan sekolah rendah. Pakar yang dipilih mempunyai latar belakang atau pengalaman yangberkaitan dengan kajian yang dikaji dan mampu untuk menyumbangkan pendapat dan pandangansesuai dengan kajian. Kebolehpercayaan dalaman instrumen set soal selidik diukurmenggunakan pekali Alpha Cronbach di mana nilai =0.850. Hasil dapatan daripada kaedah analisismeta dan temu bual mencadangkan 20 item aktiviti bermain. Temu bual yang dijalankan mendapati dua tema yang dapat dikenal pasti iaitu yang pertama, kesesuaianaktiviti-aktiviti yang disenaraikan Untuk Peningkatan imaginasi-kreatif Tahap Satu manakalatema yang kedua adalah guru mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan ketika PdPc.Semasa sesi perbincangan pakar pula, terdapat tiga aktiviti yang digugurkan dan lapan aktiviti yang dicadangkan oleh pakar manakala satu aktiviti yang diperluaskan skop.Pada akhir perbincangan, hanya 18 daripada 26 aktiviti yang mencapai tahap kesepakatanpakar dan nilai kesepakatan pakar berada pada julat yang tinggi iaitu antara 37.2hingga 43.4 yang dianalisis menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Kesimpulannya, hasil temu bual dan perbincangan pakar mendapati bahawa aktiviti-aktiviti ini mampu menyumbangdan memberi kesan Untuk Peningkatan imaginasi-kreatif murid Tahap Satu.Implikasinya, hasil kajian ini sesuai untuk digunakan oleh para pendidik dalam sesi PdPc bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun.