Kesan kombinasi peralatan mini tenis terhadap kemahiran permainan tenis dalam kalangan murid Sekolah Rendah

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kombinasi peralatan mini tenis terhadapkemahiran sukan tenis dalam kalangan murid sekolah rendah. Seramai 45 murid di tiga buah sekolahrendah yang berusia 10 tahun dan tidak mempunyai pengalaman dalam bermain tenis telah dipilihsecara rawak untuk menyert...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khaliza Abdul Kadir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6771
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kombinasi peralatan mini tenis terhadapkemahiran sukan tenis dalam kalangan murid sekolah rendah. Seramai 45 murid di tiga buah sekolahrendah yang berusia 10 tahun dan tidak mempunyai pengalaman dalam bermain tenis telah dipilihsecara rawak untuk menyertai kajian ini. Kesemua peserta yang terlibat menjalani latihan tempohpenyesuaian peralatan raket dan bola mini tenis selama seminggu semasa kelas PendidikanJasmani. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen ukuran berulang (RepeatedMeasures). Peserta kajian dikehendaki mengambil ujian kemahiran menggunakan tiga kombinasiraket dan bola dengan jisim berat berlainan (A=21 raket dan bola busa (foam); B=25 raket denganbola oren; C=27 raket dan bola hijau). Prestasi ujian kemahiran peserta telah diukur dan dianalisis dengan menggunakan ANOVA Ukuran Berulang. Dapatan ujian mendapati terdapatperbezaan yang signifikan dalam kemahiran pukulan hadapan [F (2, 43) = 5.067, p=.011], kemahiranjuggling pukulan hadapan [F (2, 43) = 10.065, p=.001], kemahiran juggling pukulan kilas [F (2, 43)= 13.896, p=.001], kemahiran pukulan pada sasaran [F (2, 43) = 5.116, p=.010] dan kemahiran pukulanpanjang rali [F (2, 43) = 4.662, p=.015] di antara tiga kombinasi raket dan bola tenis. Untukmelihat kombinasi yang berbeza secara signifikan, ujian pos-hoc Bonferroni telah digunakan dandidapati min skor kemahiran pukulan hadapan (M = 2.58, SP = 1.17), pukulan pada sasaran (M= 14.97; SP = 7.51) dan panjang rali (M = 5.85; SP = 5.13) adalah tinggi denganpenggunaan raket yang bersaiz kecil dan bola kurang mampatan (A dan B) berbanding dengan penggunaanraket dan bola bersaiz piawai (C). Sementara itu, hanya min skor kemahiran juggling pukulan hadapan(M = 26.49; SP = 13.99) dan juggling pukulan kilas (M = 34.15; SP = 14.53) adalah tinggi denganpenggunaan raket dan bola bersaiz piawai (C) berbanding raket kecil dan bola kurang mampatan (A dan B). Kesimpulannya, kombinasi saiz raket yang kecil dan bola kurang mampatandidapati memberi kesan yang signifikan terhadap kemahiran permainan mini tenis untuk murid sekolahrendah. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pelatih tenis perlu menentukan kombinasi raket danbola yang sesuai untuk mencapai prestasi permainan mini tenis yang optimal.