Pengurusan perubahan dalam penjenamaan semula pendidikan Tingkatan Enam di Malaysia daripada sistem terminal kepada sistem modular, satu kajian kes di Perak

Latar kajian ini merujuk kepada perubahan besar yang berlaku dalam pendidikanTingkatan Enam apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penjenamaansemula Tingkatan Enam pada tahun 2012. Tujuan kajian ini untuk mengenalpasti amalanpengurusan perubahan dalam pelaksanaan penjenamaan semu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Hasmuni Mohamad Noor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6777
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latar kajian ini merujuk kepada perubahan besar yang berlaku dalam pendidikanTingkatan Enam apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penjenamaansemula Tingkatan Enam pada tahun 2012. Tujuan kajian ini untuk mengenalpasti amalanpengurusan perubahan dalam pelaksanaan penjenamaan semula pendidikan Tingkatan Enam daripada sistemterminal kepada sistem modular. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes. Berdasarkan teori Kurt Lewin, beberapa elemen kajian sepertipelaksanaan, penerimaan dan kesediaan, rintangan perubahan, strategi menangani perubahan, faktor kejayaan perubahan serta keberkesanan perubahan digunapakai. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara teknik persampelan bertujuan melibatkansembilan orang guru Tingkatan Enam di sebuah sekolah Pusat Tingkatan Enam di daerah KualaKangsar, Perak. Tiga instrumen kajian telah digunakan bagi pengumpulan data iaituprotokol temu bual, borang semak pemerhatian dan analisis dokumen. Data kualitatif dianalisismengunakan analisis tematik yang diadaptasi daripada Braun & Clarke, analisis kandungandan perbandingan konstan. Dapatan kajian menunjukkan proses elemen- elemen perubahan yang dirancang oleh pihak KPM telah dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan.Masalah atau cabaran yang dikenal pasti sepanjang fasa peralihan berdasarkan temubual ialahbebanan bidang tugas, perubahan kandungan pengajian, kesediaan dan sikap murid, konflik guruarus perdana, isu pelantikan dan perjawatan, kewangan dan prasarana serta konflik pihakpentadbir. Masalah telah diatasi melalui beberapa strategi menangani perubahan yangdimainkan oleh pihak berkepentingan iaitu KPM, MPM, JPN, PPD, pihak pentadbir, guru TingkatanEnam serta pihak luar seperti PIBG dan badan korporat. Berdasarkan dapatan kajian, faktor kejayaanperubahan dan penentu kepada keberkesanan perubahan adalah peranan guru Tingkatan Enam sertakewangan dan prasarana. Kesimpulannya, penjenamaan semula pendidikan Tingkatan Enam ini didapatiberjaya dilaksanakan dengan sokongan pihak berkepentingan secara berterusan dan telah memberi kesanyang positif kepada guru dan pelajar serta meningkatkan imej pendidikan Tingkatan Enamwalaupun pihak KPM mengalami masalah kewangan yang kritikal untuk menyediakan keperluan bagimemenuhi dasar baharu ini. Implikasi kajian ini menyumbang kepada idea sokongan pengawalan dan pemantauan, pengupayaan JPN dan PPD, pembangunan guru, peningkatan prasarana danpendokumentasian yang perlu diurus dengan terancang dan sistematik.