Pembinaan Model Pentaksiran Ekstensif bagi Permainan Kategori Memadang dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5

Kajian ini bertujuan membina Model Pentaksiran Ekstensif bagi Permainan KategoriMemadang dalam Pendidikan Jasmani Tahun 5 serta mengenal pasti tahap pencapaian murid bagi domain psikomotor, kognitif, afektif dan penaakulan. Reka bentuk kajian kes sekali telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 18 o...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Hanapiah Khamis
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6778
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina Model Pentaksiran Ekstensif bagi Permainan KategoriMemadang dalam Pendidikan Jasmani Tahun 5 serta mengenal pasti tahap pencapaian murid bagi domain psikomotor, kognitif, afektif dan penaakulan. Reka bentuk kajian kes sekali telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 18 orang guru Pendidikan Jasmani dipilih secara rawak dan 570 murid dalam kelas tersebut secara automatik sebagai sampel kajian (lelaki = 288 dan perempuan = 282). Nilai kesahan kandungan instrumen Pentaksiran Ekstensif (PE) menggunakan statistik persetujuan secara manual r = 0.93 dan nilai kebolehpercayaan menggunakan Pearson Correlation r = 0.92. Kajian ini menggunakan instrumen PE dan keberkesanannya ditentukan melalui soal selidik tahap persetujuan guru. Kaedah pentaksiran guru dan pentaksiran kendiri digunakan bagi mengukur tahap pencapaian murid dari aspek psikomotor, kognitif, afektif dan penaakulan. Dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian domain psikomotor murid lelaki (M = 76.93; SD = 0.75) adalah pada tahap menguasai keseluruhan dan perempuan (M = 59.10; SD = 0.76) berada pada tahap menguasai. Pencapaian domain kognitif murid lelaki (M = 77.00; SD = 22.14) dan perempuan (M = 76.17; SD = 22.31) adalah pada tahap baik. Tahap pencapaian domain afektif murid lelaki (M = 79.40; SD = 0.34) dan perempuan (M = 71.96; SD = 2.57) juga pada tahap baik. Komponen penaakulan memukul murid lelaki (M = 75.00; SD = 0.86), perempuan (M = 65.00; SD = 0.77) manakala memadang lelaki (M = 75.80; SD = 0.88) dan perempuan (M = 67.60; SD = 1.39) pada tahap prestasi efektif. Analisis ujian Manova menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan bagi domain psikomotor [F (1,568) = 348.59, p