Pembinaan Model Pentaksiran Ekstensif bagi Permainan Kategori Memadang dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5

Kajian ini bertujuan membina Model Pentaksiran Ekstensif bagi Permainan KategoriMemadang dalam Pendidikan Jasmani Tahun 5 serta mengenal pasti tahap pencapaian murid bagi domain psikomotor, kognitif, afektif dan penaakulan. Reka bentuk kajian kes sekali telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 18 o...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Hanapiah Khamis
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6778
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan membina Model Pentaksiran Ekstensif bagi Permainan KategoriMemadang dalam Pendidikan Jasmani Tahun 5 serta mengenal pasti tahap pencapaian murid bagi domain psikomotor, kognitif, afektif dan penaakulan. Reka bentuk kajian kes sekali telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 18 orang guru Pendidikan Jasmani dipilih secara rawak dan 570 murid dalam kelas tersebut secara automatik sebagai sampel kajian (lelaki = 288 dan perempuan = 282). Nilai kesahan kandungan instrumen Pentaksiran Ekstensif (PE) menggunakan statistik persetujuan secara manual r = 0.93 dan nilai kebolehpercayaan menggunakan Pearson Correlation r = 0.92. Kajian ini menggunakan instrumen PE dan keberkesanannya ditentukan melalui soal selidik tahap persetujuan guru. Kaedah pentaksiran guru dan pentaksiran kendiri digunakan bagi mengukur tahap pencapaian murid dari aspek psikomotor, kognitif, afektif dan penaakulan. Dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian domain psikomotor murid lelaki (M = 76.93; SD = 0.75) adalah pada tahap menguasai keseluruhan dan perempuan (M = 59.10; SD = 0.76) berada pada tahap menguasai. Pencapaian domain kognitif murid lelaki (M = 77.00; SD = 22.14) dan perempuan (M = 76.17; SD = 22.31) adalah pada tahap baik. Tahap pencapaian domain afektif murid lelaki (M = 79.40; SD = 0.34) dan perempuan (M = 71.96; SD = 2.57) juga pada tahap baik. Komponen penaakulan memukul murid lelaki (M = 75.00; SD = 0.86), perempuan (M = 65.00; SD = 0.77) manakala memadang lelaki (M = 75.80; SD = 0.88) dan perempuan (M = 67.60; SD = 1.39) pada tahap prestasi efektif. Analisis ujian Manova menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan bagi domain psikomotor [F (1,568) = 348.59, p