Profesionalisme guru Sekolah Rendah Agama (JAWI) berdasarkan amalan pengajaran

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profesionalisme guru Sekolah RendahAgama (JAWI) berdasarkan amalan pengajaran. Kajian ini memfokuskan kepada tiga aspek amalanpengajaran guru iaitu perancangan pengajaran, perlaksanaan pengajaran, dan penilaian pengajaranberdasarkan model Cooper, model Al-qa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Haiza Izhar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6795
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profesionalisme guru Sekolah RendahAgama (JAWI) berdasarkan amalan pengajaran. Kajian ini memfokuskan kepada tiga aspek amalanpengajaran guru iaitu perancangan pengajaran, perlaksanaan pengajaran, dan penilaian pengajaranberdasarkan model Cooper, model Al-qabisi dan model Standard Guru Malaysia. Reka bentukkajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 274 responden yangtelah pilih secara rawak berstrata daripada 964 orang guru yang berkhidmat di SekolahRendah Agama di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan cawangan Kuala Lumpur. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang telah telah disahkanoleh tiga orang pakar bidang. Kebolehpercayaan instrumen soal selidik adalah tinggiberdasarkan pekali Alpha Cronbach = 0.89. Data dianalisis dengan menggunakan statistikdeskriptif dan inferens iaitu kekerapan, peratusan, min, sishan piawai, ujian-t dan ANOVA.Statistik deskriptif digunakan untuk mengukur persepsi responden mengenai aspek perancangan, perlaksanaan dan penilaian pengajaran. Statistik inferensi pula digunakanuntuk melihat perbezaan persepsi responden berdasarkan faktor-faktor demografi sepertijantina, jenis perlantikan, kelulusan ikhtisas, kelulusan akademik tertinggi dan pengalamanmengajar. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan guru sangat bersetuju (min=4.25, s.p=0.23) bahawa mereka mengamalkan profesionalisme perguruan. Dalamaspek perancangan pengajaran, responden percaya (min=4.40, s.p=0.32) bahawa mereka merancang pengajaran dengan baik. Dapatan kajian juga mendapati responden sangatbersetuju bahawa mereka melaksanakan pengajaran (min=4.20, s.p=0.26) serta menilai pengajaran (min=4.25, s.p=0.38) dengan berkesan. Walaubagaimanapun, dalam kontekspenggunaan ICT dalam pengajaran, majoriti responden tidak bersetuju (min=2.40, s.p=1.27)bahawa mereka mengintegrasi ICT ke dalam pengajaran mereka. Analisis inferens pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai profesionalisme guru SRA-JAWI berdasarkan faktor demografi. Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan responden sangat bersetuju bahawa mereka mengamalkan professionalismperguruan di sekolah kecuali ICT. Implikasi kajian ini menunjukkan guru SRA-JAWI masihlemah dalam penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran yang perlu diberi perhatian oleh pihakberwajib khususnya pihak JAWI bagi meningkatkan profesionalisme perguruan dalam bidangICT.