Impak penggunaan peranti mudah alih terhadap tingkah laku sedentari dalam kalangan kanak-kanak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak penggunaan peranti mudah alih dalammeningkatkan tingkah laku sedentari dari aspek faktor, risiko dan kekerapanpenggunaan dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualtitatif dan menggunakan teknik temu bual bagi mendapatkan maklumat. Pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norfaizatulakma Johari
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6798
Tags: Add Tag
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak penggunaan peranti mudah alih dalammeningkatkan tingkah laku sedentari dari aspek faktor, risiko dan kekerapanpenggunaan dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualtitatif dan menggunakan teknik temu bual bagi mendapatkan maklumat. Pemilihan subjek kajianmenggunakan persampelan bertujuan melibatkan 10 orang ibu bapa daerah Muallim, Perak. Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu bapa mendefinisikan peranti mudah alih sebagai satubentuk hiburan yang berteknologi dan memberikan keseronokkan kepada kanak-kanak. Penggunaan perantimudah alih ini memberikan kesan dan menjejaskan perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Kajian inimendapati bahawa ibu bapa memahami ciri-ciri kanak-kanak yang bertingkah laku sedentari. Kekanganmasa yang berpunca daripada ibu bapa yang membenarkan kanak-kanak menggunakan peranti mudahalih adalah faktor yang menghalang proses perkembangan kanak-kanak daripada berlaku. Dapatankajian juga menunjukkan bahawa penggunaan peranti mudah alih memberi kesan terhadaptingkah laku iaitu wujud tingkah laku sedentari dalam kalangan kanak-kanak. Namun,tingkah laku sedentari tersebut tidak menjejaskan hubungan baik secara individu antara ibu bapadan kanak-kanak. Tempoh masa penggunaan peranti mudah alih juga menjejaskan tingkah lakukanak-kanak akibat penggunaan yang berlebihan. Secara kesimpulannya, penggunaan peranti mudahalih memberi implikasi kepada tingkah laku sedentarikanak-kanak secara langsung dan tidak langsung.