Aktiviti dakwah kepada remaja dan hubungannya dengan kemahiran pengurusan aktiviti di masjid-masjid Negeri Selangor
Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap keaktifan aktiviti dakwah (KAD), jenis aktiviti yang digemari remaja (AKR), amalan tasawwur Islam (KTI), amalan kemahiran pengurusan (KIP) dan menganalisis perbezaan tahap KAD berdasarkan demografi, serta mengukur pengaruh demografi terhadap KAD. Kajian ini m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6801 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap keaktifan aktiviti dakwah (KAD), jenis aktiviti yang digemari remaja (AKR), amalan tasawwur Islam (KTI), amalan kemahiran pengurusan (KIP) dan menganalisis perbezaan tahap KAD berdasarkan demografi, serta mengukur pengaruh demografi terhadap KAD. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data kuantitatif diperolehi melalui dua set soal selidik kepada 370 orang AJK masjid dan 380 remaja telah dipilih sebagai responden kajian melalui kaedah persempelan berkelompok. Data kualitatif pula dikutip menerusi sesi temu bual melibatkan 15 orang peserta. Data dianalisis menggunakan Structural Equation Modelling (SEM), ujian-t dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan tahap KAD berada di tahap sederhana (m=206.93, sp=101.12), AKR di tahap tinggi (m=314.33, sp=59.66), KTI di tahap tinggi (m=281.98, sp=49.98), dan KIP juga berada di tahap tinggi (m=193.22, sp=42.87). Bagi analisis perbezaan didapati, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara lokasi bandar dan luar bandar (ujian-t), kumpulan umur, kelayakan agama, dan pengalaman pengurusan (ANOVA). Manakala hasil analisis hubungan didapati, terdapat hubungan yang signifikan pada nilai p= |
---|