Kebergunaan Augmented Reality (AR) dalam aplikasi Bentangan 3D sekolah rendah bagi pelajar berbeza tahap keupayaan spatial

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan kebergunaan dengan sikap terhadap penggunaanAugmented Reality (AR) dalam aplikasi bentangan tiga dimensi sekolah rendah bagipelajar yang berbeza tahap keupayaan spatial. Kajian ini menggunakan kaedah kajiankuantitatif dengan reka bentuk kajian korelasi. P...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Suhana Md Subari
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6812
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan kebergunaan dengan sikap terhadap penggunaanAugmented Reality (AR) dalam aplikasi bentangan tiga dimensi sekolah rendah bagipelajar yang berbeza tahap keupayaan spatial. Kajian ini menggunakan kaedah kajiankuantitatif dengan reka bentuk kajian korelasi. Pemilihan sampel dijalankan secarapersampelan bertujuan melibatkan 62 orang pelajar dari sebuah sekolah luar bandar yangterdapat dalam daerah Kuala Langat, Selangor. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakaninstrumen soal selidik dan ujian keupayaaan spatial. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahapkebergunaan dan sikap terhadap penggunaan AR dan tahap keupayaan spatial. Manakala analisisinferensi menggunakan ujian korelasi Spearman Rho dan ujian perbezaan Wilcoxon Signed Rank.Hasil kajian menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antarakebergunaan AR dengan sikap terhadap penggunaan AR (r =.49, p=.001). Manakala WilcoxonSigned Rank menunjukkan tiada perbezaan sikap terhadap Augmented Reality bagi pelajar yangberbeza tahap keupayaan spatial. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan pelajar mempunyaisikap yang positif terhadap AR. Pelajar juga berpendapat AR adalah bermanfaat dalammembantu pembelajaran bentangan tiga dimensi di sekolah rendah. Implikasi kajian menunjukkanAugmented Reality (AR) adalah berpotensi untuk digunakan dalam pembelajaran matematik