Penilaian kompetensi guru dalam pengajaran kemahiran motor halus murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk menilai kompetensi guru dalam pengajaran kemahiran motor halus bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran. Berdasarkan Model Kompetensi Bungkah Ais Batu, tiga aspek kompetensi guru dipilih dalam kajian ini, iaitu kesedaran, pengetahuan dan kemahi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6816 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian tinjauan ini bertujuan untuk menilai kompetensi guru dalam pengajaran kemahiran motor halus bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran. Berdasarkan Model Kompetensi Bungkah Ais Batu, tiga aspek kompetensi guru dipilih dalam kajian ini, iaitu kesedaran, pengetahuan dan kemahiran pengajaran. Objektif kajian juga untuk melihat hubungan antara kesedaran dan pengetahuan, pengetahuan dan kemahiran pengajaran guru serta kemahiran pengajaran dan kesedaran guru tentang kemahiran motor halus dalam pengajaran berdasarkan faktor demografi iaitu pengalaman mengajar pendidikan khas. Populasi kajian adalah terdiri daripada 437 guru Pendidikan Khas Integrasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berdasarkan jadual saiz sampel Krejcie dan Morgan, seramai 204 orang guru pendidikan khas telah dipilih secara persampelan rawak berlapis. Instrumen soal selidik berkonsepkan atas talian aplikasi google form digunakan bagi memperoleh data. Instrumen kajian telah disahkan oleh 11 orang pakar pendidikan khas. Nilai kebolehpercayaan instrumen menggunakan indeks Alfa Cronbach adalah = 0.92. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan responden percaya (min=4.44, sp=0.56) bahawa mereka memiliki kesedaran tentang kemahiran motor halus. Mereka juga bersetuju (min=4.07, sp=0.74) bahawa mereka memiliki pengetahuan serta kemahiran motor halus (min=4.19, sp=0.56). Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan yang lemah (r=0.381) antara kesedaran guru dengan pengetahuan guru serta hubungan yang sederhana (r=0.531) antara pengetahuan guru dengan kemahiran pengajaran guru. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang lemah (r=0.320) antara kemahiran pengajaran guru dengan kesedaran guru. Dapatan ujian ANOVA menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan [F(4, 199)=4.812, p |
---|