Hubungan kesediaan pelajar dengan pencapaian Ekonomi 944 dalam pembelajaran sistem modular Tingkatan Enam

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan elemen-elemen kesediaan pelajar iaitu sikap, dorongan, penilaian dan persekitaran dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Ekonomi 944 dalam sistem modular Tingkatan 6. Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi. Pemboleh ubah kajian dipilih berdasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Nurnabila Wan Muhamad Sabri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6831
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan elemen-elemen kesediaan pelajar iaitu sikap, dorongan, penilaian dan persekitaran dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Ekonomi 944 dalam sistem modular Tingkatan 6. Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi. Pemboleh ubah kajian dipilih berdasarkan model WIHIC (What Is Happening In This Class?) oleh Fraser, Mc Robbie dan Fisher yang terdiri daripada sikap, dorongan, penilaian dan persekitaran. Sikap dilihat daripada aspek koheren dan kerjasama manakala dorongan pula terdiri daripada aspek sokongan serta penglibatan. Penilaian pula terdiri daripada aspek kerja kursus, orientasi tugas dan ekuiti. Persekitaran pula merujuk kepada persekitaran kelas dan kemudahan asas di sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 282 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak berstrata daripada 616 pelajar Tingkatan Enam di 10 buah daerah di negeri Pahang. Penentuan saiz sampel berdasarkan jadual saiz sampel Krejcie and Morgan. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal-selidik yang telah diadaptasi daripada WIHIC. Dapatan kajian daripada elemen sikap menunjukkan responden kerap (M = 3.97; SP = 0.54) mengamalkan sikap positif serta mendapat dorongan (M = 3.61; SP = 0.60) yang baik daripada guru dan rakan. Elemen penilaian pula menunjukkan pelajar kerap (M=3.78; SP = 0.52) berkerjasama untuk menyiapkan kerja kursus. Dalam konteks persekitaran dan kemudahan kelas, responden kurang kerap (M =3.03; SP = 0.58) memberi maklumbalas positif. Dapatan empirikal juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah [r(282) = 0.126; p