Hubungan kesediaan pelajar dengan pencapaian Ekonomi 944 dalam pembelajaran sistem modular Tingkatan Enam

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan elemen-elemen kesediaan pelajar iaitu sikap, dorongan, penilaian dan persekitaran dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Ekonomi 944 dalam sistem modular Tingkatan 6. Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi. Pemboleh ubah kajian dipilih berdasa...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Wan Nurnabila Wan Muhamad Sabri
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6831
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan elemen-elemen kesediaan pelajar iaitu sikap, dorongan, penilaian dan persekitaran dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Ekonomi 944 dalam sistem modular Tingkatan 6. Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi. Pemboleh ubah kajian dipilih berdasarkan model WIHIC (What Is Happening In This Class?) oleh Fraser, Mc Robbie dan Fisher yang terdiri daripada sikap, dorongan, penilaian dan persekitaran. Sikap dilihat daripada aspek koheren dan kerjasama manakala dorongan pula terdiri daripada aspek sokongan serta penglibatan. Penilaian pula terdiri daripada aspek kerja kursus, orientasi tugas dan ekuiti. Persekitaran pula merujuk kepada persekitaran kelas dan kemudahan asas di sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 282 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak berstrata daripada 616 pelajar Tingkatan Enam di 10 buah daerah di negeri Pahang. Penentuan saiz sampel berdasarkan jadual saiz sampel Krejcie and Morgan. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal-selidik yang telah diadaptasi daripada WIHIC. Dapatan kajian daripada elemen sikap menunjukkan responden kerap (M = 3.97; SP = 0.54) mengamalkan sikap positif serta mendapat dorongan (M = 3.61; SP = 0.60) yang baik daripada guru dan rakan. Elemen penilaian pula menunjukkan pelajar kerap (M=3.78; SP = 0.52) berkerjasama untuk menyiapkan kerja kursus. Dalam konteks persekitaran dan kemudahan kelas, responden kurang kerap (M =3.03; SP = 0.58) memberi maklumbalas positif. Dapatan empirikal juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah [r(282) = 0.126; p