Persepsi guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah di Kuala Kangsar terhadap kefahaman dan kesediaan pelaksanaan pengajaran abad ke-21

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru Pendidikan Islam sekolahrendah di Daerah Kuala Kangsar terhadap kefahaman dan kesediaan pelaksanaan pengajaranabad ke-21 serta hubungan di antara persepsi guru Pendidikan Islam terhadap kefahaman dan kesediaan dalam pelaksanaan pengajaran abad k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Hazlini Haris
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6852
Tags: Add Tag
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru Pendidikan Islam sekolahrendah di Daerah Kuala Kangsar terhadap kefahaman dan kesediaan pelaksanaan pengajaranabad ke-21 serta hubungan di antara persepsi guru Pendidikan Islam terhadap kefahaman dan kesediaan dalam pelaksanaan pengajaran abad ke-21. Pendekatan kuantitatif dengankaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel secara rawak mudahmelibatkan 140 orang responden di sekolah rendah Daerah Kuala Kangsar. Data dikumpulmelalui soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi.Statistik deskriptif melibatkan skor min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus manakalastatistik inferensi pula melibatkan ujian korelasi Pearson yang menerangkan hubungan diantara persepsi guru Pendidikan Islam terhadap kefahaman dengan kesediaan dalampelaksanaan pengajaran abad ke-21. Data yang dikumpul dianalisis mengikut tiga konstrukiaitu konsep pengajaran abad 21, ciri-ciri pengajaran abad ke-21 dan peranan guru dalam pengajaranabad 21. Hasil dapatan keseluruhan menunjukkan persepsi guru Pendidikan Islamterhadap kefahaman pelaksanaan pengajaran abad 21 berada pada tahap tinggi dengan nilai(min=3.7). Data yang dikumpul bagi pemboleh ubah persepsi guru Pendidikan Islam terhadapkesediaan pelaksanaan pengajaran abad 21 juga dianalisis mengikut tiga konstruk iaitu menguasai kandungan kurikulum, kemahiran pedagogi abad 21 dan sikap guru terhadap perubahan. Dapatan keseluruhan menunjukkan persepsi guru Pendidikan Islam terhadapkesediaan pelaksanaan pengajaran abad ke-21 juga berada pada tahap yang tinggi dengan nilai(min=3.8). Analisis inferensi pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat diantara persepsi guru Pendidikan Islam terhadap kefahaman dengan persepsi terhadapkesediaan dalam pelaksanaan pengajaran abad 21 dengan nilai, (r=0.794, p=0.000). Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan guru Pendidikan Islam sekolah rendah di KualaKangsar bersetuju bahawa mereka faham dan bersedia untuk melaksanakan pengajaran abad ke-21 sebagai pendekatan terkini dalam sistem pendidikan. Implikasi kajian ini menunjukkanbahawa pihak berwajib khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia perlu prihatin terhadapdapatan yang dihasilkan agar guru Pendidikan Islam turut dapat memberi sumbangan kepadapendidikannegara.