Hubungan antara kepimpinan guru dengan komitment organisasi di sekolah menengah kebangsaan di daerah Kinta utara Perak

Kajian ini bertujuan menentukan hubungan antara kepemimpinan guru dengankomitmen organisasi di sekolah menengah kebangsaan Zon 6 daerah Kinta Utara, Perak.Konstruk kepemimpinan guru adalah berdasarkan kepada teori kepimpinan guru oleh Katzenmayer danMoller yang mengandungi tujuh aspek budaya iaitu t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzana Yusoff
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6856
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menentukan hubungan antara kepemimpinan guru dengankomitmen organisasi di sekolah menengah kebangsaan Zon 6 daerah Kinta Utara, Perak.Konstruk kepemimpinan guru adalah berdasarkan kepada teori kepimpinan guru oleh Katzenmayer danMoller yang mengandungi tujuh aspek budaya iaitu tumpuan perkembangan, pengiktirafan, autonomi,kesahihan, penyertaan, komunikasi terbuka dan persekitaran positif. Komitmen organisasi puladiukur menggunakan teori Mayer dan Allen yang menfokus kepada komitmen afektif, berterusan dannormatif. Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi kuantitatif. Instrumen kajian terdiridaripada satu set soal selidik. Sampel kajian seramai 248 guru telah dipilih secara rawakmudah daripada 700 orang guru sekolah menengah daripada zon 6 di Daerah Kinta Utara,Perak. Instrumen kajian telah disahkan oleh tiga orang pakar dan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi berdasarkan pekali Alfa Cronbach = 0.95. Statistikdeskriptif dan inferens seperti kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, korelasiPearson, ujian-t dan ANOVA telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa guru percaya (M = 3.87; SP = 0.82) mereka mengamalkan kepemimpinanguru yang baik. Berdasarkan faktor jantina, ujian-t sampel bebas menunjukkan bahawa terdapatperbezaan yang signifikan kepemimpinan guru berdasarkan jantina [t(246) = 2.03; p