Adaptasi identiti budaya setempat dalam reka bentuk landskap sekolah melalui kolaborasi murid, guru dan komuniti

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan adaptasi identiti budaya setempatdalam proses membuat reka bentuk landskap sekolah melalui kolaborasi murid, guru dankomuniti. Landskap sekolah merupakan medium yang berupaya merangsang pembentukan muridbagi menyemai rasa cinta terhadap alam sem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hanizah Jukim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6865
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan adaptasi identiti budaya setempatdalam proses membuat reka bentuk landskap sekolah melalui kolaborasi murid, guru dankomuniti. Landskap sekolah merupakan medium yang berupaya merangsang pembentukan muridbagi menyemai rasa cinta terhadap alam semula jadi serta menghargai persekitaran. Objektifkajianini adalah untuk membangunkan sebuah taman mini yang berkonsepkan identiti budaya dikawasansekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes ke atas sebuahsekolah yang terletak di daerah Keningau Sabah. Peserta kajian terdiri daripada limaorang guru, sepuluh orang murid serta penglibatan lima orang mewakili komuniti setempat. Datadikumpul sewaktu kajian lapangan dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Data dianalisis secara naratif melalui proses dokumentasi terhadap pembangunan rekabentuktaman mini pada ruang landskap sekolah. Perisian Microsoft Excel digunakan untuk pengkodan data seterusnya dikategorikan berdasarkan tema yang selari dengan objektifkajian. Kolaborasi di antara peserta kajian ini telah membangunkan reka bentuk sebuahreplika alat muzik kulundi, perisai, motif anyaman dan ukiran kayu sebagai perabot taman.Dapatan menunjukkan adaptasi elemen budaya dalam pembangunan taman mini ini berkesan untuk mewujudkan identiti kearifan tempatan sebagai inovasi baharu dalam merekabentuklandskap sekolah. Justeru, kajian ini mengemukakan satu konsep reka bentuk taman yang melestarikanidentiti setempat bagi menyemai semangat kecintaan dan bangga terhadap budaya tempatan.Selain itu, kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) agar dapatmengadaptasikan elemen budaya tempatan serta mengambilkira penglibatan komuniti setempat dalamproses membangunkan rekabentuk landskap sekolah pada masa akan datang.