Pembinaan bateri ujian pengenalpastian bakat bola sepak pemain lelaki bawah 14 tahun

Kajian ini bertujuan membina bateri ujian pengenalpastian bakat bola sepak pemainlelaki bawah 14 tahun. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan(cross-sectional). Seramai 208 orang pemain bola sepak lelaki bawah 14 dipilih menjadisampel kajian menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khairul Sham Hanapiah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6867
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina bateri ujian pengenalpastian bakat bola sepak pemainlelaki bawah 14 tahun. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan(cross-sectional). Seramai 208 orang pemain bola sepak lelaki bawah 14 dipilih menjadisampel kajian menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Instrumen kajian yang terdiri daripada sejarah latihan, antropometri, kecergasan fizikal, kemahiran teknikal,kebolehan bermain bola sepak, kemahiran taktikal, psikologi, sosiologi, persekitaran danpenilaian subjektif jurulatih mempunyai nilai kesahan (r = .82 .96), kebolehpercayaan (r =.81 .99) dan objektiviti (r = .91 .99) yang tinggi. Data dianalisis dengan menggunakanstatistik deskriptif dan inferensi. Analisis faktor menunjukkan 20 item mewakili soal selidikkemahiran taktikal, 50 item mewakili soal selidik psikologi dan 35 item mewakili soalselidik sokongan sosial. Analisis regresi berganda menunjukkan kesemua variabel peramal mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kebolehan bermain bola sepak [R Squared =.703, F(58, 149) = 6.080, p = .000]. Hasil analisis juga menunjukkan jumlah jam seminggu latihanbola sepak, jumlah jam seminggu perlawanan bola sepak, ketinggian, berat badan, indeksjisim tubuh, lompat jauh berdiri, Yo-Yo intermittent recovery tahap satu, keupayaan pecutberulang Bangsbo, hantaran jauh, menggelecek, transisi bertahan kepada menyerang, transisimenyerang kepada bertahan, keyakinan diri, motivasi, sokongan jurulatih, kesan umurrelatif dan penilaian subjektif jurulatih mempunyai korelasi yang signifikan ke ataskebolehan bermain bola sepak. Analisis deskriptif menunjukkan Skor Indeks Peramal Bakat BolaSepak dapat dibina berdasarkan skor instrumen ujian pengenalpastian bakat bola sepak pemainlelaki bawah 14 tahun. Kesimpulannya, bateri ujian pengenalpastian bakat bola sepak bolehdigunakan untuk mengukur prestasi pemain lelaki bawah 14 tahun. Implikasi kajianmenunjukkan penggunaan bateri ujian pengenalpastian bakat bola sepak dapat membantu jurulatih danpasukan pencarian bakat dalam proses pemilihan pemain lelaki bawah 14 tahun.