Penilaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di IPTS Pahang

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran programDiploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di sebuah IPTS di Kuantan Pahang. Kajian inimenggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik5 skala untuk mengumpul data daripada 1...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Azrul Haron
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6869
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran programDiploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di sebuah IPTS di Kuantan Pahang. Kajian inimenggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik5 skala untuk mengumpul data daripada 176 orang responden iaitu pelajar Diploma PendidikanAwal Kanak- Kanak. Lima orang tenaga pengajar berpengalaman ditemubual untuk mendapatkan databagi tujuan meningkatkan kredibiliti dapatan. Pembinaan instrumen kajian berdasarkan modelpenilaian Context, Input, Process, Product. Item di dalam penilaian konteks adalah matlamat dankemudahan institusi, item penilaian input adalah pengetahuan, kemahiran, dan strategi pensyarah.Item penilaian proses adalah penyertaan pelajar dan penjadualan kelas. Item di dalampenilaian produk adalah hasil pembelajaran pelajar. Data kuantitatif dianalisis denganmenggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu Analisis Korelasi Pearsonmenggunakan perisian SPSS bagi melihat hubungan antara dimensi. Data temubual dianalisismenggunakan teknik bertema. Dapatan min dimensi konteks berada pada tahap sederhana tinggi(min=3.85) dengan item kemudahan pelajar menunjukkan min paling rendah (min=3.75). Tema utama yangbagi dimensi konteks ialah persekitaran dan kemudahan kurang sesuai. Dapatan min dimensi inputberada pada tahap tinggi (min=4.16) dengan item paling tinggi adalah pengetahuan pensyarah(min=4.26). Tema utama bagi dimensi input menunjukkan kemahiran pensyarah boleh ditingkatkan.Dapatan min dimensi proses berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.97) dengan item paling tinggiadalah penyertaan pelajar (min=4.22). Tema utama bagi dimensi proses menunjukkan penyertaan pelajarbergantung kepada jenis aktiviti. Hasil dapatan min dimensi produk berada pada tahap tinggi(min=4.26). Tema utama bagi dimensi produk ialah pencapaian matlamat. Terdapat hubunganyang kuat bagi dimensi input dengan dimensi produk (r=0.61), dimensi proses dengandimensi produk (r=0.60). Mankala terdapat hubungan yang sederhana bagi dimensi konteksdengan dimensi produk (r=0.45). Sebagai kesimpulan, terdapat dimensi yang memuaskan dankurang memuaskan di dalam penilaian aktiviti pengajaran. Implikasi kajian menunjukkan bahawapenilaian program harus memberi fokus kepada dimensi yang dikajibagi menambahbaik aktiviti pengajaran dan pembelajaran