Hubungan kefahaman guru tentang cetakan persekitaran dan pengecaman nama kanak-kanak berumur tiga tahun

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan kefahaman guru tentangcetakan persekitaran dengan amalan penggunaan cetakan persekitaran guru dan pengecaman namakanak-kanak berumur tiga tahun di negeri Perak. Dalam kajian ini, persampelan rawakmudah digunakan kerana populasi kajian yang bersifat homoge...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Aqidah Roslan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6874
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan kefahaman guru tentangcetakan persekitaran dengan amalan penggunaan cetakan persekitaran guru dan pengecaman namakanak-kanak berumur tiga tahun di negeri Perak. Dalam kajian ini, persampelan rawakmudah digunakan kerana populasi kajian yang bersifat homogen. Responden yang terlibatadalah 120 orang guru TASKA di sebuah agensi kerajaan di negeri Perak. Reka bentuk kajian adalahkajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik secara atas talian (google form).Instrumen menggunakan skala likert dan mempunyai lima bahagian iaitu demografi, kefahaman gurutentang cetakan persekitaran, amalan penggunaan cetakan persekitaran di dalam kelas, amalanpenggunaan cetakan persekitaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pencapaianpengecaman nama kanak-kanak berumur tiga tahun. Analisis data melibatkan skor min dan ujiankorelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi tahap kefahaman guru adalah 1.97. Skormin bagi tahap amalan penggunaan cetakan persekitaran di dalam kelas adalah 2.26 dan tahapamalan penggunaan cetakan persekitaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah1.94. Skor min pengecaman nama kanak-kanak adalah1.81. Kesemua data deskriptif itu berada pada tahap yang rendah. Dapatan hubungan antara amalanpenggunaan cetakan persekitaran di dalam kelas dengan pengecaman nama kanak-kanak adalahr = .145. Bagi hubungan amalan penggunaan cetakan persekitaran dalam aktiviti pengajarandan pembelajaran dengan pengecaman nama kanak-kanak, nilai pekali Pearson adalah r = .763. Kesimpulannya, dapatan jelas menunjukkan terdapat perhubungan antara amalan penggunaancetakan persekitaran oleh guru dengan pengecaman nama kanak-kanak berumur tiga tahun.Kajian ini memberi kesedaran kepada pendidik akan impak cetakan persekitaran kepada perkembanganliterasi kanak-kanak. Justeru pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pakar pendidikanawal kanak-kanak perlu memberi penekanan mengenai penerapan cetakan persekitaran kepadaguru-guruTASKA dan kepada kurikulum sedia ada.