Corak amalan proses kejurulatihan bola sepak sekolah di Kuala Lumpur

Penyelidikan ini bertujuan bagi menerokai corak amalan proses kejurulatihan jurulatih bolasepak sekolah di Kuala Lumpur. Sejumlah 10 orang guru merangkap jurulatih bola sepak dan 11 orangpemain bola sepak peringkat sekolah merupakan peserta kajian dalam penyelidikan ini. Saiz sampeldalam kajian kual...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nazrul Fazdli Khairulhalimi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6877
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan bagi menerokai corak amalan proses kejurulatihan jurulatih bolasepak sekolah di Kuala Lumpur. Sejumlah 10 orang guru merangkap jurulatih bola sepak dan 11 orangpemain bola sepak peringkat sekolah merupakan peserta kajian dalam penyelidikan ini. Saiz sampeldalam kajian kualitatif tidak dapat ditentukan dari awal kajian dan pemilihan jumlahpeserta kajian ini berterusan sehingga sampai ke tahap yang dinamakan sebagai saturation ofinformation berikutan tiada data-data baharu yang diperolehi atau bertindih dengan datasebelum ini menerusi sesi temu bual secara semi berstruktur yang mengandungi setOpen-Ended Questions yang telah dijalankan. Tempoh sesi temu bual ini berlangsungbermula dari Januari 2019 sehingga Jun 2019. Penyelidikan ini menggunakan pendekatankualitatif berbentuk Grounded Theory seperti dicadangkan oleh Strauss dan Corbin. Data yang diperolehi menerusi temu bual, ditranskripsi dan dianalisis menggunakan pendekatanpengekodan atau codings yang merangkumi pengekodan terbuka, pengekodan paksi dan pengekodan terpilih. Berdasarkan dapatan kajian menjelaskan bahawa terdapat enamlangkah-langkah bagi proses kejurulatihan bola sepak yang terdiri daripada merancang, prasesi taklimat, mengendalikan sesi latihan, pemerhatian, melatih dan pembetulan serta pascasesi taklimat dan rumusan. Akhir sekali menerusi penyelidikan ini juga maka terhasilahModel Proses Kejurulatihan Jurulatih Bola Sepak Sekolah di Kuala Lumpur. Model ini boleh membantu jurulatih khususnya di peringkat sekolah bagi melaksanakankeseragaman proses kejurulatihan bola sepak mengikut susunan yang sewajarnya.