Kesan koswer augmented reality dalam pembelajaran bahasa isyarat Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengkaji kesan koswer augmentedreality dalam memahami bahasa isyarat Malaysia. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajianeksperimental ujian pasca digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian dijalankan dalamkalangan orang awam menggunakan kae...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ummu Aiman Muhamad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6883
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengkaji kesan koswer augmentedreality dalam memahami bahasa isyarat Malaysia. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajianeksperimental ujian pasca digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian dijalankan dalamkalangan orang awam menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan 60 orangiaitu individu yang tidak mempunyai asas kemahiran dalam bahasa isyarat Malaysia. Bagikajian ini, responden yang dipilih dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan30 orang menggunakan koswer augmented reality dan kumpulan kawalan 30 orang menggunakankaedah pembelajaran konvensional. Dua jenis instrumen kajian digunakan iaitu ujian penilaian dansoal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif menjelaskan tahap penerimaan pengguna dan statistik inferensi melibatkan ujian-t untuk menentukan jika terdapatperbezaan yang signifikan secara statistik diantara dua kumpulan data. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa tahap penerimaan penggunaan koswer augmented reality adalah tinggi iaitupersepsi kebolehgunaan (M=4.29), persepsi mudah guna (M=4.36) dan kepuasan pengguna (M=4.35).Terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor pencapaian antara kumpulan rawatan (M=5.53, SP=0.62)dan kumpulan kawalan (M=4.23, SP=1.54, t=-4.265, p=.000). Kesimpulan daripada kajian inimenunjukkan kesan penggunaan koswer augmented reality dapat meningkatkan proses pembelajaran bahasa isyarat Malaysia. Implikasi kajian mencadangkan dapat mengingtegrasikan penggunaan koswer augmented reality dengan lebih meluas dalam kalanganorang awam untuk mempelajari bahasa isyaratMalaysia.