Hubungan Malaysia-Indonesia dalam kerjasama ekonomi dari tahun 1957-2003

Hubungan ekonomi Malaysia dan Indonesia pasca kemerdekaan mengalami hubungan salingmemerlukan antara satu dengan lain. Namun begitu, perkembangan hubungan kerjasama ekonomiMalaysia dan Indonesia turut mengalami hubungan naik turun disebabkan beberapa faktor termasuk faktor kepimpinan. Kajian ini ber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Akmal Ibrahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6897
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hubungan ekonomi Malaysia dan Indonesia pasca kemerdekaan mengalami hubungan salingmemerlukan antara satu dengan lain. Namun begitu, perkembangan hubungan kerjasama ekonomiMalaysia dan Indonesia turut mengalami hubungan naik turun disebabkan beberapa faktor termasuk faktor kepimpinan. Kajian ini bertujuan meneliti perkembangan dan perubahanhubungan ekonomi Malaysia dan Indonesia berdasarkan faktor kepimpinan era Perdana MenteriMalaysia pertama sehingga keempat dari tahun 1957 sehingga 2003. Bagi mencapai tujuanyang dinyatakan, kajian ini menggunakan pendekatan analisis sejarah untuk mengenal pasti sesuatudasar berpandukan analisis dokumen, data statistik dan temubual. Kajian dokumen yangdiaplikasikan dalam analisis bersifat kronologi dan deskriptif untuk meneliti dasar politikdan ekonomi Malaysia dan Indonesia dalam kerjasama ekonomi. Fokus diberikan kepada era kepimpinan Perdana Menteri dalam merumuskan hubungan kerjasama ekonomi Malaysia danIndonesia berdasarkan empat fasa. Fasa pertama adalah era Tunku Abdul Rahman konfrontasi. Kedua,era Tun Abdul Razak dalam fasa pemulihan hubungan diplomatik dan ekonomi. Fasa ketiga, eraTun Hussein Onn dalam meneruskan kesinambungan pembangunan ekonomi dan fasa keempat eraTun Mahathir Mohamad perkembangan modenisasi ekonomi dan krisis ekonomi Asia 1997 sehingga tahun2003. Berdasarkan kepada dapatan yang diperoleh, rumusan yang dapat dibuat adalah faktorkepimpinan Perdana Menteri Malaysia menjadi penentu hala tuju perkembangan dan perubahankepada impak kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia. Kegagalan kepimpinan dalam hubungandiplomatik Malaysia dan Indonesia akan memberi impak negatif kepada kerjasama ekonomikedua-dua negara. Hubungan dua hala yang erat dalam politik Malaysia danIndonesia akan menjamin peningkatan hubungan kerjasama ekonomi dua hala.