Faktor-faktor kejayaan dan masalah dalam pengendalian perniagaan di kalangan usahawan wanita di dua buah daerah di negeri Kelantan (IR)

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan usahawan wanita bagi dua buah daerah di Negeri Kelantan. Kajian ini juga meneliti masalah yang dihadapi oleh usahawan wanita semasa mengendalikan perniagaan mereka. Reka bentuk kajian ialah kajian...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Norshuhaida Mohamad
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2014
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=691
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan usahawan wanita bagi dua buah daerah di Negeri Kelantan. Kajian ini juga meneliti masalah yang dihadapi oleh usahawan wanita semasa mengendalikan perniagaan mereka. Reka bentuk kajian ialah kajian kuantitatif di mana maklumat dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Sampel adalah terdiri daripada 60 orang wan ita yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan di Kota Bharu dan Tanah Merah. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) 17.0 untuk mendapatkan maklumat kekerapan, peratusan dan min. Dalam kajian ini, Analisis Faktor digunakan untuk mendapatkan data yang lebih terperinci mengenai faktor kejayaan dan kegagalan usahawan wanita. Kajian menunjukkan terdapat lima faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan usahawan wanita iaitu faktor sikap, strategik perniagaan, pengurusan perniagaan, kemahiran atau pengetahuan dan penggunaan teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, kajian yang lebih komprehensif dengan sampel yang lebih besar perlu dijalankan sebelum sesuatu program atau dasar berkaitan dengan keusahawanan wanita hendak dilaksanakan.