Kesan penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap pencapaian kemahiran berfikir aras tinggi murid dan tabiat berfikir dalam mata pelajaran sains tahun enam

Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan peta pemikiran i-think dalam

meningkatkan pencapaian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid bagi mata pelajaran

sains. Selain daripada itu, ia juga hendak melih...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aspazaida Yob
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6912
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan peta pemikiran i-think dalam

meningkatkan pencapaian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid bagi mata pelajaran

sains. Selain daripada itu, ia juga hendak melihat kesan pemikiran i-Think terhadap tabiat

berfikir murid dan juga hubungan di antara tabiat berfikir dan pencapaian KBAT murid.

Pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Sampel

kajian terdiri daripada 60 orang murid iaitu 30 orang dalam kumpulan rawatan dan 30 orang

dalam kumpulan kawalan. Data dikumpulkan melalui ujian pencapaian sains untuk melihat

pencapaian KBAT dan senarai semak untuk mengukur tabiat berfikir murid. Data yang

diperolehi dianalisa secara statistik deskriptif (taburan min dan sisihan piawai) dan

statistik inferensi (ujian t dan ujian korelasi Pearson). Dapatan kajian menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan (t= 6.41, p= 0.00) dalam min skor pencapaian KBAT antara murid kumpulan

rawatan dan kawalan. Kumpulan rawatan menunjukkan min skor pencapaian KBAT yang

lebih tinggi (m =18.63, s.p=4.94) berbanding kumpulan kawalan (m =13.37, s.p =3.75).

Murid dalam kumpulan rawatan juga menunjukkan nilai min skor tabiat berfikir yang tinggi

iaitu 3.89 dan terdapat hubungan yang siginifikan (r=0.929) di antara pencapaian KBAT

dan tabiat berfikir murid. Boleh disimpulkan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think

dapat membantu untuk meningkatkan pencapaian KBAT dan tabiat berfikir murid. Justeru

disarankan agar guru menggunakan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran sains

di sekolah rendah.