Pembinaan dan pengujian modifikasi Modul Operasi Pengemasan (MakeUpBed) dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran

Kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dan kuasi eksperimentalini bertujuan untuk membina dan menguji modifikasi Modul Operasi Pengemasan(MakeUpBed) dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran (MBPK MP).Kajian ini melibatkan 55 orang responden iaitu 34...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Maslina Ahad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6913
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dan kuasi eksperimentalini bertujuan untuk membina dan menguji modifikasi Modul Operasi Pengemasan(MakeUpBed) dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran (MBPK MP).Kajian ini melibatkan 55 orang responden iaitu 34 orang guru pendidikan khas yang dipilih secarapersampelan bertujuan bagi menjawab soal selidik tinjauan keperluan modifikasi modul, limaorang pakar sebagai penilai kesahan modul dan 16 orang MBPK MP untuk menjawab ujian pra dan pasca.Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik tinjauan keperluan modifikasi modul, borangpenilaian kesahan modul serta ujian pra dan pasca. Rawatan dijalankan selama 12 minggu di manakumpulan rawatan (n=8) diajar menggunakan modul yang dibina iaitu Modul MakeUpBed. Modul dibinaberdasarkan aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dan model gaya pembelajaran Visual, Auditori danKinestatik. Modul MakeUpBed mengandungi empat submodul iaitu mengenali katil, mengenalilinen, penjagaan linen dan mari mengemas katil tetamu. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Keberkesanan modul diuji melalui ujian nonparametrikWilcoxon Signed Rank Test. Analisis keperluan modul menunjukkan responden bersetuju untukmemodifikasi modul asal dengan nilai (M=4.73; SP=0.79). Nilai kesahan pakar bagi kandunganmodul ialah 90.6 peratus manakala nilai Cronbach Alpha bagi kebolehpercayaan instrumen ialah=.834. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan skor yang signifikan dalam ujian pascakemahiran mengemas katil tetamu kumpulan rawatan (M=15.75; SP=1.58) berbanding kumpulankawalan (M=9.38; SP=1.06) dengan nilai z=0.03, p