Hubungan antara komponen kecergasan fizikal dengan kemahiran ragbi dalam kalangan pemain ragbi rimau

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti hubungan komponen kecergasan fizikal ke atas kemahiran ragbi dalam kalangan pemain ragbi rimau. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes sekali (the one shot case study). Instrumen komponen kecerga...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ahmad Dzia Ul Haq Mohamad Japeri
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6916
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti hubungan komponen kecergasan fizikal ke atas kemahiran ragbi dalam kalangan pemain ragbi rimau. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes sekali (the one shot case study). Instrumen komponen kecergasan fizikal yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian lompat jauh berdiri, ujian T, ujian lari pecut 30-meter, ujian tekan tubi dan daya tahan kardiovaskular. Manakala kemahiran ragbi di ukur dengan menggunakan ujian kemahiran menghantar bola ragbi, kemahiran menerima bola ragbi, kemahiran menyepak bola ragbi, kemahiran menangkap bola ragbi dan kemahiran menyentuh pihak lawan. Seramai 180 orang murid lelaki telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan analisis regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara komponen kecergasan fizikal yang signifikan ke atas pemain ragbi dengan nilai R2 = 1.520, F (8,171) = 23.20, P