Keberkesanan kaedah gabung bunyi kata (KGBK) terhadap pencapaian kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid pemulihan khas

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kaedah Gabung BunyiKata (KGBK) terhadap pencapaian kemahiran membaca dan minat membaca murid Pemulihan Khasdi sekolah rendah. KGBK diilhamkan oleh Profesor Emeritus Dato Dr. Isahak Haron padatahun 1979. KGBK digunakan dalam kajian ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Adzleena Wahap
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6918
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kaedah Gabung BunyiKata (KGBK) terhadap pencapaian kemahiran membaca dan minat membaca murid Pemulihan Khasdi sekolah rendah. KGBK diilhamkan oleh Profesor Emeritus Dato Dr. Isahak Haron padatahun 1979. KGBK digunakan dalam kajian ini dengan pengubahsuaian dari aspek pemilihan danpenambahan huruf mengikut kebolehan belajar sampel kajian. Kajian dijalankan di dua buah sekolahrendah dalam daerah Tanah Merah, Kelantan. Seramai 30 murid Pemulihan Khas terlibat dalamkajian iaitu 15 orang daripada kumpulan eksperimen yang belajar menggunakan KGBK manakala15 murid lagi adalah kumpulan kawalan yang belajar menggunakan kaedah konvensional. Kedua- duakumpulan sampel kajian tidak menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka. Kajian inimenggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang menggunakan instrumen Membaca Saringan 1 dan 2(LINUS) sebagai ujian pra dan pos. Soalan Kaji Selidik juga digunakan untuk mengetahui minatmembaca murid selepas belajar menggunakan KGBK. Hasil analisis statistik inferensiujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan {t (30) = 3.567, p >0.05} antarakumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam pencapaian kemahiran membaca. Hasil analisisujian-t terhadap minat membaca juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan {t(15) =-17.833, p = 0.002 <0.05). Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan KGBK boleh meningkatkan pencapaian kemahiran membaca murid Pemulihan Khas serta berjayamenarik minat murid membaca. Kesimpulannya, KGBK merupakan kaedah yang berkesan dansesuai digunakan untuk mengajar kemahiran membaca kepada murid Pemulihan Khas. Kaedah ini berjayamenarik minat murid membaca dan menguasai kemahiran membaca lebih cepat berbanding kaedahkonvensional. Penggunaan KGBK boleh diperluaskan kepada program Pemulihan Khas, Pra Sekolah,Tadika dan kelas Pendidikan Khas dalam usaha membantu murid menguasai dan meningkat penguasaanmembaca dalam Bahasa Melayu.