Apresiasi karya seni catan berunsurkan elemen seni tradisional Melayu dalam konteks etnomatematik

Penyelidikan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang jelas secara teoritikal dalam disiplin seni catan tentang apresiasi seni ke atas karya berunsurkan tradisional Melayu menerusi pemikiran etnomatematik. Fokus utama kajian adalah mengkaji faktor yang menyokong perhubungan antara aspek formalis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rushana Sulaiman @ Abd Rahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6921
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang jelas secara teoritikal dalam disiplin seni catan tentang apresiasi seni ke atas karya berunsurkan tradisional Melayu menerusi pemikiran etnomatematik. Fokus utama kajian adalah mengkaji faktor yang menyokong perhubungan antara aspek formalistik seni bagi menghuraikan konsep simetri yang wujud melalui keindahan reka bentuk corak dalam karya catan yang menampilkan imej-imej tradisional Melayu. Kajian ini melibatkan analisis pengkaryaan ke atas karya seni catan bersiri iaitu Siri Dungun dan Siri Nurani melalui pendekatan kualitatif dengan pelaksanaan inter-disiplin secara deskriptif. Penjelasan kerangka teori berpandukan kepada konsep-konsep yang diadaptasi daripada konsep etnomatematik dan konsep formalistik seni. Kaedah pengumpulan data menerusi analisis dokumentasi, visual rakaman, pemerhatian dan kajian pustaka digunakan bagi mengklasifikasikan prinsip simetri yang wujud dalam subjek, reka bentuk dan makna karya catan yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan karya siri dungun dan siri nurani telah menerapkan elemen binaan tradisional Melayu yang menampilkan reka bentuk simetri. Pemetaan kerangka konsep yang digunakan dalam penyelidikan mendasari reka bentuk subjek dan makna estetika bagi mengklasifikasikan reka corak karya catan menggunakan proses transformasi simetri. Kesimpulannya, karya catan dilihat berjaya menyerlahkan penerapan elemen binaan tradisional Melayu menerusi bentuk formalistik dan aspek simetri. Analisis data dilakukan dengan model interaktif oleh Miles dan Huberman menerusi pengumpulan data daripada catatan lapangan bagi meningkatkan kefahaman penyelidik mengenai subjek kajian dan menyampaikan dapatan penyelidik melalui rajah dan jadual. Implikasi penyelidikan menunjukkan karya catan bukan sahaja boleh dilihat daripada sudut formalistik seni sahaja, malahan boleh diperlihatkan dari konteks etnomatematik menerusi penerapan ciri-ciri simetri dalam penghasilan karya.