Pembangunan garis panduan guru untuk pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen-elemen keperluan, membangunkan Garis Panduan Guru

Untuk Pelaksanaan Amalan Zikir dalam Kalangan Kanak-kanak Bermasalah Tingkah laku Agresif serta

mengenal pasti maklu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noorfarah Asmira Abdul Malek
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6922
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen-elemen keperluan, membangunkan Garis Panduan Guru

Untuk Pelaksanaan Amalan Zikir dalam Kalangan Kanak-kanak Bermasalah Tingkah laku Agresif serta

mengenal pasti maklumbalas guru terhadap kebolehgunaan pelaksanaan amalan zikir melalui garis

panduan guru ini. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah

pengumpulan data melalui analisis dokumen dan temu bual. Analisis dokumen melalui

kajian perpustakaan dibuat bagi mengenal pasti elemen-elemen keperluan dan mendapat

kesahan pakar mengenai kesesuaian elemen-elemen keperluan tersebut dalam membina

Garis Panduan Guru. Pakar yang dipilih terdiri daripada dua orang pakar dalam bidang

pendidikan awal kanak-kanak dan seorang lagi dalam bidang agama. Temu bual dijalankan

kepada tiga orang guru yang mengajar di sebuah tadika Islam yang mempunyai kira-kira 100 orang

kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun untuk mendapat maklumbalas guru mengenai

kebolehgunaan pelaksanaan amalan zikir dalam Garis Panduan Guru. Hasil dapatan temu bual

dianalisis menggunakan pendekatan bertema. Dapatan kajian mendapati elemen-elemen keperluan yang

sesuai untuk kanak-kanak adalah elemen Asmaul husna, surah dan zikir. Dalam

pembangunan Garis Panduan Guru, kalimah nama Allah dalam Asmaul Husna seperti Ya Hayyu, Ya Qayyum,

Ya Rahman, Ya Rahim, surah-surah (al-Fatihah, al-Ikhlas dan al-Insyirah) serta zikir

berbentuk ulangan seperti Alhamdulillah, Allahuakbar, Lailahaillallah, telah disahkan oleh

pakar untuk dimasukkan ke dalam Garis Panduan Guru. Dapatan temu bual tentang

kebolehgunaan Garis panduan dengan guru menunjukkan Garis Panduan Guru ini mudah diikuti

dan kanak-kanak agresif didapati menunjukkan perkembangan tingkah laku memberi kerjasama terhadap

guru setelah pelaksanaan ini dijalankan. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan Garis

Panduan Guru ini telah memberikan kesan yang positif kepada tingkah laku kanak- kanak. Sebagai

implikasi kajian, diharap penggunaan Garis Panduan Guru ini dapat diperluaskan selepas ini bagi

membantu guru-guru di tadika-tadika lain mengawal

tingkah laku agresif kanak-kanak.