Tahap penggunaan sastera lisan Palamoli dalam pertuturan guru-guru Bahasa Tamil SJKT di daerah Kinta

Palamoli merupakan sastera lisan Tamil yang masih releven digunakan dalam pertuturan. Palamolimenjadi agen penyampaian maklumat secara tersurat dan tersirat dengan susunan kata-katapendek yang bermakna luas, bijak dan senang difahami. Di Malaysia, Palamoli diterapkan dalamSukatan Pelajaran Bahasa Ta...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Pathamavathy Pandi
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2021
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6931
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Palamoli merupakan sastera lisan Tamil yang masih releven digunakan dalam pertuturan. Palamolimenjadi agen penyampaian maklumat secara tersurat dan tersirat dengan susunan kata-katapendek yang bermakna luas, bijak dan senang difahami. Di Malaysia, Palamoli diterapkan dalamSukatan Pelajaran Bahasa Tamil Rendah dan Menengah serta diamalkan dalam pertuturan harianmasyarakat Tamil sejak dahulu lagi. Guru-guru Bahasa Tamil SJKT memainkan peranan sebagai pengajar, penutur dan penyebar Palamoli yang terpenting di Malaysia. Makakajian ini mengorak langkah awal dalam meninjau tahap penggunaan sastera lisan Palamolidalam pertuturan guru-guru Bahasa Tamil SJKT di Daerah Kinta terlebih dahulu. Pengkhususankajian ini hanya bertumpu pada kekerapan pertuturan Palamoli, golongan sasaran pertuturanPalamoli, tujuan pertuturan Palamoli dan kesan pertuturan Palamoli dalam kalanganguru-guru Bahasa Tamil SJKT di Daerah Kinta. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatifuntuk mengumpul data inferens melalui 2 bahagian instrumen soal selidik. Seramai 130 orangresponden telah dilibatkan dalam kajian ini sebagai sampel perwakilan populasi kajian. Dapatankajian ini memberikan gambaran realiti terkini terhadap tahap pertuturan Palamoliguru-guru Bahasa Tamil SJKT di Daerah Kinta. Kekerapan pertuturan Palamoli guru-guru Bahasa TamilSJKT di Daerah Kinta dalam tempoh masa sebulan mencatatkan kadaran sekali-sekala. Guru-guru Bahasa Tamil SJKT di Daerah Kinta juga mempertuturkan Palamoli pada kadarsekali-sekala dengan pelbagai golongan sasaran. Begitu juga dengan kekerapan tujuan pertuturan Palamoli dan kekerapan kesan pertuturan Palamoli yang turut mencatatkankadaran sekali-sekala. Kajian ini dapat memberi manfaat sebagai dokumen rujukan kepadapenyelidikan lain yang berfokus kepada penggunaan Palamoli dan seterusnya ke arah peningkatanpenggunaan Palamoliterutamanya dalam kalangan guru-guru Bahasa Tamil SJKT di Daerah Kinta .