Tahap penggunaan sastera lisan Palamoli dalam pertuturan guru-guru Bahasa Tamil SJKT di daerah Kinta
Palamoli merupakan sastera lisan Tamil yang masih releven digunakan dalam pertuturan. Palamolimenjadi agen penyampaian maklumat secara tersurat dan tersirat dengan susunan kata-katapendek yang bermakna luas, bijak dan senang difahami. Di Malaysia, Palamoli diterapkan dalamSukatan Pelajaran Bahasa Ta...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
语言: | zsm |
出版: |
2021
|
主题: | |
在线阅读: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6931 |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Palamoli merupakan sastera lisan Tamil yang masih releven digunakan dalam pertuturan. Palamolimenjadi agen penyampaian maklumat secara tersurat dan tersirat dengan susunan kata-katapendek yang bermakna luas, bijak dan senang difahami. Di Malaysia, Palamoli diterapkan dalamSukatan Pelajaran Bahasa Tamil Rendah dan Menengah serta diamalkan dalam pertuturan harianmasyarakat Tamil sejak dahulu lagi. Guru-guru Bahasa Tamil SJKT memainkan peranan sebagai pengajar, penutur dan penyebar Palamoli yang terpenting di Malaysia. Makakajian ini mengorak langkah awal dalam meninjau tahap penggunaan sastera lisan Palamolidalam pertuturan guru-guru Bahasa Tamil SJKT di Daerah Kinta terlebih dahulu. Pengkhususankajian ini hanya bertumpu pada kekerapan pertuturan Palamoli, golongan sasaran pertuturanPalamoli, tujuan pertuturan Palamoli dan kesan pertuturan Palamoli dalam kalanganguru-guru Bahasa Tamil SJKT di Daerah Kinta. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatifuntuk mengumpul data inferens melalui 2 bahagian instrumen soal selidik. Seramai 130 orangresponden telah dilibatkan dalam kajian ini sebagai sampel perwakilan populasi kajian. Dapatankajian ini memberikan gambaran realiti terkini terhadap tahap pertuturan Palamoliguru-guru Bahasa Tamil SJKT di Daerah Kinta. Kekerapan pertuturan Palamoli guru-guru Bahasa TamilSJKT di Daerah Kinta dalam tempoh masa sebulan mencatatkan kadaran sekali-sekala. Guru-guru Bahasa Tamil SJKT di Daerah Kinta juga mempertuturkan Palamoli pada kadarsekali-sekala dengan pelbagai golongan sasaran. Begitu juga dengan kekerapan tujuan pertuturan Palamoli dan kekerapan kesan pertuturan Palamoli yang turut mencatatkankadaran sekali-sekala. Kajian ini dapat memberi manfaat sebagai dokumen rujukan kepadapenyelidikan lain yang berfokus kepada penggunaan Palamoli dan seterusnya ke arah peningkatanpenggunaan Palamoliterutamanya dalam kalangan guru-guru Bahasa Tamil SJKT di Daerah Kinta . |
---|