Pemerolehan AL-AMR dalam ayat nominatif bahasa arab pelajar UiTM Perlis

Kajian ini bertujuan mengenal pasti urutan pemerolehan al-damir mengikut kategori munfasil dan muttasil dalam ayat nominatif bahasa Arab pelajar UiTM Perlis. Objektif kajian juga adalah untuk menganalisa kesilapan pelajar dan juga mengenal pasti punca-punca kesilapan penggunaan al-damir dalam ayat n...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ummi Syarah Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6940
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti urutan pemerolehan al-damir mengikut kategori munfasil dan muttasil dalam ayat nominatif bahasa Arab pelajar UiTM Perlis. Objektif kajian juga adalah untuk menganalisa kesilapan pelajar dan juga mengenal pasti punca-punca kesilapan penggunaan al-damir dalam ayat nominatif bahasa Arab pelajar. Urutan yang dimaksudkan adalah urutan al-damir yang mudah dan sukar digunakan. Bagi tujuan mengenal pasti urutan pemerolehan al-damir, reka bentuk kajian kuantitatif deskriptif dengan menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan. Teknik analisis data penskoran Method Skor Kelompok (Group Score Method (GSM) digunakan bagi melihat urutan al-damir yang mudah dan sukar digunakan. Setelah data dikumpul melalui formula GSM, pengkaji menganalisa data dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistik. Sampel yang terlibat adalah seramai 205 pelajar daripada 437 populasi yang mengambil kursus Bahasa Arab Permulaan III di UiTM Perlis. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dan ujian pembinaan ayat dengan menggunakan persampelan rawak berlapis (stratified sampling procedure). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat urutan pemerolehan al-damir yang mudah dan sukar digunakan pelajar. Berdasarkan urutan pemerolehan ini, pelajar lebih mudah menggunakan damair raf munfasilat berbanding damair jarr muttasilat dan damair nasb muttasilat. Selain itu, data analisis kesilapan serta punca-punca kesilapan diambil daripada data kandungan ujian pembinaan ayat yang dihasilkan oleh pelajar dan dibentangkan menggunakan kaedah analisis kualitatif deskriptif. Data dianalisis dengan menggunakan tiga pendekatan iaitu mengenal pasti kesilapan yang menyimpang dari kaedah tatabahasa bahasa Arab, memperincikan kesilapan serta menghuraikan punca kesilapan. Aspek-aspek kesilapan yang telah dikenal pasti dalam kajian ini adalah kesilapan keserasian seperti genus serta penggunaan al-damir yang tidak sesuai, penyalahgunaan al-damir kata kerja dan penambahan perkataan pada al-damir yang tidak perlu dalam ayat pelajar. Antara punca kesilapan tersebut adalah kekeliruan pelajar yang disebabkan oleh kurangnya mahir menggunakan al-damir serta kesukaran bahasa Arab sebagai bahasa sasaran dan juga pengaruh bahasa ibunda. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini akan turut menyumbang kepada penggunaan al-damir dalam penyusunan kurikulum bahasa Arab mengikut urutan pemerolehan pelajar selain daripada ia dapat memberi sumbangan dalam aspek pedagogi dalam penyusunan kurikulum bahasa Arab mengikut urutan pemerolehan pelajar selain daripada ia dapat memberi sumbangan dalam aspek pedagogi.