Penerokaan asas lakaran terhadap perkembangan ekspresi dan kreativiti kanak-kanak prasekolah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan kanak-kanak dalam memahami asas lakaran semasa

menjalani aktiviti artistik. Penyelidik juga menganalisis ekspresi diri kanak-kanak melalui

penghasilan imej dalam l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rofidah Musa
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6944
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan kanak-kanak dalam memahami asas lakaran semasa

menjalani aktiviti artistik. Penyelidik juga menganalisis ekspresi diri kanak-kanak melalui

penghasilan imej dalam lakaran. Seterusnya, adalah untuk menilai kefahaman guru tentang

tatacara kanak-kanak menginterpretasikan asas lakaran terhadap kreativiti seni visual.

Pendekatan kaedah kualitatif dan reka bentuk kajian kes telah digunakan dalam melaksanakan kajian

ini. Instrumen-instrumen yang digunakan bagi mendapatkan data kajian iaitu temu bual separa

berstruktur dan dokumen lakaran kanak-kanak. Kajian ini melibatkan lapan orang guru

sebagai sampel kajian dalam protokol temu bual, dan 25 orang kanak-kanak prasekolah dalam

menghasilkan tiga tema lakaran. Dapatan kajian ini menunjukkan, keupayaan minat kanak-kanak dalam

mengikuti aktiviti seni dan kreativiti perlu dipupuk serta mendapat bimbingan daripada guru.

Selain daripada itu, kefahaman asas lakaran juga perlu dikuasai oleh guru agar dapat

disampaikan kepada kanak-kanak dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana, melalui minat

yang dipupuk dapat menghasilkan kefahaman dalam diri kanak-kanak. Malahan juga, melalui

kefahaman tentang asas lakaran yang dimiliki oleh kanak-kanak dapat memperkembangkan imaginasi,

kreativiti dan kognitif diri. Ini dapat dikesan melalui kepelbagaian imej dalam lakaran

yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Hasil dapatan turut dapat mengesan ekspresi emosi diri yang

digambarkan melalui lakaran. Kesimpulannya, melalui asas lakaran yang diaplikasi dalam

lakaran bukan sahaja dapat menghasilkan imej, malah dapat menunjukkan perkembangan

kreativiti, imaginasi, kogintif dan emosi dalam diri kanak- kanak. Implikasi kajian ini dapat

mengenal pasti kelemahan dan kelebihan bimbingan guru terhadap kanak-kanak. Selain daripada

itu, kajian ini dapat memberikan nilai tambah terhadap kaedah pengajaran dan

bimbingan guru. Bimbingan khusus terhadap asas yang perlu diterapkan dalam pengajaran dan pemudah caraan (PdPc)

bagi merangkumi tajuk unsur seni.