Pengaruh penggunaan telefon pintar terhadap kemenjadian murid sekolah rendah daripada aspek akademik di Perlis

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan pengaruh penggunaan telefon pintar

terhadap kemenjadian murid sekolah rendah daripada aspek akademik di Perlis. Model

pembelajaran Abad Ke-21 telah digunakan sebagai asas te...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nurhanani Ridzuan
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6950
標簽: 添加標簽
實物特徵
總結:
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan pengaruh penggunaan telefon pintar

terhadap kemenjadian murid sekolah rendah daripada aspek akademik di Perlis. Model

pembelajaran Abad Ke-21 telah digunakan sebagai asas teori di mana aspek kemenjadian murid

iaitu pengetahuan, perwatakan dan kompetensi telah digunakan sebagai pembolehubah utama.

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan rentas sebagai reka bentuk kajian dan satu set borang soal

selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 420

responden murid Tahun 6 yang dipilih secara persampelan rawak berstrata daripada 15 buah

sekolah rendah di Perlis. Data yang diperoleh dalam kajian ini dianalisis menggunakan

statistik deskriptif dan inferens iaitu peratusan, min, sisihan piawai, korelasi Pearson

dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju (Min=2.86, SP=0.45) bahawa

penggunaan telefon pintar untuk tujuan akademik adalah sederhana. Data juga menunjukkan

majoriti responden (54.2%) belum mencapai tahap prestasi yang memuaskan. Hasil ujian

korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan tetapi lemah

(r=-0.197; p<0.01) antara penggunaan telefon pintar dengan kemenjadian murid daripada aspek

akademik. Analisis regresi pula menunjukkan pengaruh penggunaan telefon pintar yang

lemah (=-0.197; p<0.01) dalam meramalkan kemenjadian murid sekolah rendah

daripada aspek akademik. Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan penggunaan telefon

pintar mempunyai hubungan yang lemah dengan kemenjadian murid sekolah rendah daripada aspek

pencapaian akademik. Implikasi kajian mencadangkan agar aplikasi telefon pintar yang

baharu dibangunkan untuk memperkasa kemenjadian murid dengan meningkatkan

keberkesanan pembelajaran murid sekolah rendah berdasarkan Pembelajaran Abad

Ke-21.