Kesan Teknik Tetingkap dalam pengajaran kemahiran menulis karangan di SJKC

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis kesan penggunaan TeknikTetingkap dalam kemahiran menulis karangan terhadap 60 orang murid tahun lima yangberpencapaian sederhana. Responden ini dipilih secara tidak rawak, iaitu sampel bertujuan yangterdiri daripada kelas pertengahan berdasarkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Atikah Mohd Noor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6955
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis kesan penggunaan TeknikTetingkap dalam kemahiran menulis karangan terhadap 60 orang murid tahun lima yangberpencapaian sederhana. Responden ini dipilih secara tidak rawak, iaitu sampel bertujuan yangterdiri daripada kelas pertengahan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun sebelumnya.Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina di daerah Melaka Tengah, Melaka yang merupakan tempat pengkaji berkhidmat untuk memudahkan proses kajianini dijalankan manakala sebuah lagi sekolah yang dipilih adalah sekolahberhampiran. Reka bentuk kajian ini mengaplikasikan kaedah kuasi eksperimentaldengan membahagikan responden kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan yang diajar secaratradisional, pengajaran penulisan karangan dengan mengembangkan isi yang diberikan dankumpulan eksperimen diajar menggunakan Teknik Tetingkap. Kedua-dua kumpulan telah diberikan duaujian karangan, iaitu ujian ujian pra dan ujian pasca untuk membandingkan prestasi penulisankarangan dari aspek keseluruhan karangan, bilangan patah perkataan dan aspek penggunaan jenispola ayat. Hasil kajian menunjukkan bahawa kekerapan perkataan tertinggi yang digunakan ialahperkataan kita (kata nama) iaitu sebanyak 612 kali diikuti dengan perkataan berkebun (katakerja) sebanyak 507kali. Bagi penggunaan jenis kata pula, kata nama merupakan jenis kata yangtertinggi digunakan sama ada dalam ujian pra mahupun ujian pasca. Jenis pola ayat yang palingbanyak digunakan dalam kajian ini ialah pola FN+FK iaitu sebanyak 186 pola dalam ujianpasca kumpulan rawatan manakala 78 pola dalam ujian pasca kumpulan kawalan. Hasil analisismenggunakan perisian AntConc, pengkaji mendapati teknik tetingkap yang digunakan mampumeningkatkan pencapaian penulisan karangan murid dari segi penambahan bilangan perkataan yangdigunakan dalam karangan sekaligus dapat meningkatkan pencapaian markah mereka. Hal ini jelasdapat dilihat perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan iaitu hanya(M=6.23) berbanding (M=21.23) dalam ujian pasca. Kesimpulannya, teknik tetingkap berkesan dalam meningkatkan tahap pencapaian murid dalam penulisan karangan di SJKC.Implikasinya teknik ini boleh digunakan secara meluas bagi membantu muriduntuk menulis karangan.