Tahap tekanan kerja dalam kalangan guru-guru SJK(T) daerah Tangkak dan Muar,Johor

Kajian ini mengenalpasti tekanan kerja dalam kalangan guru-guru SekolahJenis Kebangsaan Tamil daerah Tangkak dan Muar, Johor. Kajian ini juga mengkaji kedudukan limafaktor utama dari kerangka model kajian yang mempengaruhi tekanan kerja yang dialami olehguru. Selanjutnya, kajian ini juga mengkaji fa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaganathan Veerasingam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6956
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengenalpasti tekanan kerja dalam kalangan guru-guru SekolahJenis Kebangsaan Tamil daerah Tangkak dan Muar, Johor. Kajian ini juga mengkaji kedudukan limafaktor utama dari kerangka model kajian yang mempengaruhi tekanan kerja yang dialami olehguru. Selanjutnya, kajian ini juga mengkaji faktor peranan demografi terhadap tekanankerja guru- guru tersebut. Seramai 285 orang guru dari sepuluh buah sekolah jeniskebangsaan Tamil daerah Tangkak dan Muar, Johor telah dipilih secara rawak sebagaisampel kajian ini kerana terdapat banyak permintaan dari guru-guru SJK(T) dari daerahini untuk berpindah ke negeri lain. Penyelidik menggunakan Teacher Stress Inventory olehBoyle et al. 1995 sebagai instrumen untuk mengukur tekanan kerja guru manakala bagimengukur kedudukan faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja guru, penyelidikmenggunakan Self Report Teacher Stress oleh Dunham, 1992. Dapatan menunjukkan bahawa seramai 66% guru mengalami tekanan kerja sederhana, 16.5% mengalami tekanan kerja rendahmanakala 17.5% guru yang mengalami tekanan kerja tinggi. Dapatan juga menunjukkanbahawa faktor salah laku pelajar adalah faktor peranan demografi yang paling signifikaniaitu 0.627 dari lima nilai faktor utama yang menyebabkan tekanan kerja guru.Kesimpulannya, tekanan kerja memberi kesan kepada kepuasan kerja, keberkesanan ke atasproduktiviti guru, peningkatan ketidakhadiran dan persaraan awal guru. Penyelidikmencadangkan agar pihak sekolah dapat mengambil langkah terhadap pelaksanaan polisidisiplin yang mantap, memperlengkapkan kemudahan asas dalam membantu pembelajaran danpengajaran, pengagihan tugas yang sesuai dan peka terhadap perhubungan di antara guru serta menganjurkan kursus atau latihan kemahiran pengurusan tekanan kerja dikalangan guru.