Pembinaan dan kesan Modul Scaffolding Literasi (ScafoLIT) terhadap kemahiran membaca murid Pemulihan Khas

Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk membina dan menilai kesan Modul ScaffoldingLiterasi (ScafoLIT) terhadap kemahiran membaca perkataan, frasa dan ayat pola suku kata terbukadalam kalangan murid Pemulihan Khas Tahun Tiga. Modul ScafoLIT direka berdasarkan TeoriSosiobudaya Vygotsky dan Model Pempr...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ramli Hasan
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6967
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk membina dan menilai kesan Modul ScaffoldingLiterasi (ScafoLIT) terhadap kemahiran membaca perkataan, frasa dan ayat pola suku kata terbukadalam kalangan murid Pemulihan Khas Tahun Tiga. Modul ScafoLIT direka berdasarkan TeoriSosiobudaya Vygotsky dan Model Pemprosesan Membaca Top Down Goodman. Modul ScafoLIT dibinaberpandukan kerangka model ADDIE. Pendekatan kuasi eksperimen digunakan bagi menilai kesan Modul ScafoLIT terhadap murid Pemulihan Khas Tahun Tiga. Seramai 60 orangmurid Pemulihan Khas Tahun Tiga di sebuah daerah dalam negeri Sarawak telah dipilihsecara rawak sebagai subjek kajian. Subjek kajian dibahagikan kepada kumpulan rawatan dankumpulan kawalan. Kumpulan rawatan melalui proses intervensi menggunakan Modul ScafoLITmanakala kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah konvensional. Pentadbiran ujian prakemahiran membaca dijalankan sebelum kedua-dua kumpulan menjalani intervensi selama tiga bulan,diikuti pentadbiran ujian pasca kemahiran membaca. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi.Dapatan ujian-t bersandar menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan antara skor ujian pra(M =17.13 SP= 3.92) berbanding ujian pasca (M = 35.00, SP =6.58), t(29) =-28.77, p <.05. Dapatanujian-t tidak bersandar menunjukkan pencapaian kemahiran membaca dalam ujian pasca bagi kumpulanrawatan (M =35.00, SP =6.58) adalah lebih tinggi berbanding ujian pasca kumpulan kawalan (M=28.45, SD =5.93), t(58) = 4.06, p <.05. Kesimpulannya, Modul ScafoLIT adalah berkesan dalammeningkatkan keupayaan membaca perkataan, frasa dan ayat pola suku kata terbuka dalamkalangan murid Pemulihan Khas Tahun Tiga. Implikasi kajian menunjukkan bahawa ModulScafoLIT sesuai diperluaskan penggunaannya kepada murid Pemulihan Khas di sekolah.Penggunaan Modul ScafoLIT juga dapat menambah kepelbagaian kaedah pengajaran danpembelajaran guru Pemulihan Khas.